Saturday, September 12, 2009

Tazkirah Ramadhan 4 : 10 Malam Terakhir

Tatkala menjelang sepuluh malam terakhir. Maka kita boleh lihat di sekeliling kita antaranya di bumi yang penuh dengan barakah dan rahmah ini. Berpusu-pusu umat manusia yang beragama islam berebut untuk menunaikan satu perkara yang sentiasa dilakukan oleh nabi s.a.w apabila menjelmanya hari-hari terakhir berada di bulan yang mulia , ramadhan al-mubarak. Iaitulah . nabi beriktikaf dan menyemarakkan diri dengan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-quran , berjaga malam , memperbanyakkan amalan-amalan sunat , bersedekah dan sebagainya.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :

Daripada Aisyah r.a (isteri) nabi s.a.w telah berkata : adalah nabi s.a.w beriktikaf disepuluh akhir dalam bulan ramadhan.

HR : Muslim

Saya di sini di bumi iman dan hikmah ini , merasakan teramat syukur dan gembira dengan keadaan suasana yang seakan-akan menyeru untuk melakukan amalan-amalan yang sememangnya di tanah air kita amat jarang dilakukan oleh orang-orang di sekeliling kita. Walaupun saya tidaklah beriktikaf sepertimana nabi s.a.w , namun siapalah kita kalau hendak dibanding dengan kekasih Allah s.w.t yang merupakan insan yang paling agung di atas muka bumi ini. Akan tetapi saya amat gembira dengan keadaan dan kawasan rumah yang boleh dikatakan sepuluh langkah sudah sampai ke masjid. Dengan masjidnya yang melakukan qiamullail berjemaah di setiap sepuluh malam terakhir. Dan dengan masyarakatnya yang tanpa segan silu membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan yang paling saya sedih bercampur gembira adalah dengan masyarakatnya sentiasa memegang naskhah mukjizat nabi s.a.w itu yakni al-quran dan membacanya setiap masa. Bukan hanya di sepuluh hari-hari terakhir ramadhan. Akan tetapi , bermula saja ramadhan mereka terus melakukan amalan-amalan seperti yang saya sebutkan di atas. Maka berbeza di tanah air kita. Ramainya umat manusia khususnya yang beragama islam lalai dengan bermacam-macam agenda di bulan yang mulia ini. Apabila bermulanya bulan yang mulia ini maka kita boleh lihat seolah-olah di bulan inilah , bulan untuk membuat segala-gala yang perlu mereka lakukan. Ada yang sibuk dengan niaganya , ada yang sibuk dengan membeli dan membelah , ada yang sibuk dengan kuih muihnya , ada yang sibuk dengan program itu dan ini. Sehingga mereka tiada masa untuk melakukan perkara-perkara yang dapat membuahkan hasil yang lumayan di dunia mahupun di akhirat kelak. Bukannya tidak boleh. Akan tetapi biarlah berpada-pada dengan apa yang kita cari dan lakukan. Supaya kita tidak terus-menerus mengulanginya dari tahun ke tahun sehingga kita bertemu dengan tuan empunya bumi ini. Maka ketika itu , tiada lagi peluang dan waktu untuk kita kembali melakukan apa yang telah kita tinggalkan. Dan pada hari-hari terakhir dan malam terakhir ini , marilah sama-sama kita merebut satu perkara yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan sepertimana di dalam firmanNya yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah turunkannya ( al-quran ) pada malam lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadr itu?. Iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh ( jibril ) dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.

Surah : Al-qadr

Malam yang dicerita dan dinyatakan oleh Allah s.w.t ini tidak akan kita perolehinya dengan kita hanya menggoyangkan kaki dan menunggu begitu saja tanpa ada apa-apa usaha yang dilakukan bagi membolehkan kita sampai kepadanya. Mana mungkin pohon akan berbuah tanpa dibajai dengan betul dan baik. Caranya…??? Saya kira ramai yang telah mengetahuinya dan lebih arif daripada saya. Moga-moga kita bertemu dengannya pada kali ini dan mendapat lindungan rahmat dariNya.

Amienn..

1 comment:

ayam piru / ayam turkey said...

Alhamdulillah...

Setiap yg datang pasti akan pergi... namun kini telah kita berada di penghujung Ramadhan yang penuh kerahmatan, keampunan dan berbagai lagi kemewahan akhirat yang dijanjikan oleh Khaliq buat makhluknya... Namun... apakah kita telah benar-benar memanfaatkan hamparan indah di Ramadhan kali ini... Timba dan kutiplah segalanya di sini... semoga ramadhan ini kita tidak menjadi sebahagian dari golongan orang2 yang rugi... YA ALLAH TEMUKANLAH KAMI DENGAN RAMADHAN YANG BERIKUTNYA LAGI... SESUNGGUHNYA HAMBA MU INI AMAT MERINDUI RAMADHAN.. AMIN...