Sunday, June 28, 2009

Dinner In Movenpick

Gambar-gambar ni diambil suatu makan malam bersama Tim.Menteri Luar Negeri 1 Malaysia baru-baru ni di Hotel Movenpick yang bertaraf 5 bintang. Terletak kira-kira 15-30 minit (rase-rasenyer lah..hehe..) dari bandar Sana'a.



gambar dari sebelah tepi ker atas..nampak cam hotel lima bintang dok..???hehe..nok mari sini kabo la..



biler la time makan ni..lapor perut doh ni saing2..hehe..



aperla diorang ini..ini purut sudah manyak lapar..hihi..jangan marah YB..



gayer jer lebih..time orang dah bla boleh la duduk kat meja tu..kalau tak , jangan perasan..hahaha




pandangan dari sebelah atas tempat hidangan disediakan..nasib baik letak kat dalam bekas cam nak gi makan kat kenduri kawin..senang nak amik banyak2..ker waner awok2..???



saling berbalas cenderamata..wi ker aku se tak boh..buleh gok gi jual mula tengoh tak dop pitih maner ni..hehe..gurau jer..



bukan selalu buleh wak poyo lagu ning..maser ning la..ker waner yob..???



teman pun aper kurangnyer yer..bisik yob dalam hati..padahal koya lebih jer tuh..jgn marah yob..gurau jer..idup yob..!!hihi..

Saturday, June 13, 2009

Jokes-lawak pagi..senyumla

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Wednesday, June 10, 2009

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN AGONG YANG KE-13

Baru-baru ni Kedutaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA telah mengadakan sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Tuanku sultan adalah yang di-pertuan agong Malaysia yang ke-13 selepas menggantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.Program tersebut telah diadakan di kediaman rasmi duta besar Malaysia ke Yaman dan telah mendapat sambutan yang baik dari setiap rakyat Malaysia yang berada di bumi Yaman ini. Acara yang berjalan pada sebelah petang itu dimulakan dengan menyambut kedatangan dif-dif vip, pensyarah dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Setelah itu program diteruskan dengan sembahyang asar berjamaah. Tepat jam 4.45 petang majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis saudara Ustaz Fakhrurazi Bin Husin selaku Exco Penerangan & Perhubungan PERMAYA. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil daripada pimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA telah disampaikan oleh saudara Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Bin Zulkifli selaku Presiden PERMAYA bagi sesi 2009/2010. Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara yang telah berlaku di tanah air yang kita cintai yang mana beliau menyebut soal perpaduan, agama, masalah sosial dan sebagainya. Sejurus selepas itu, acara diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pensyarah disalah sebuah Universiti dinegara ini. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Encik Mohd Syakirin Bin Syaari selaku Dekan Fakulti di Universiti Sains & Teknologi. Beliau juga telah menyentuh beberapa perkara mengenai perihal sejarah silam kesultanan melayu disuatu ketika dahulu. Seterusnya, ucapan yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia yang hadir pada hari tersebut telah disampaikan oleh tuan duta besar Malaysia ke Yaman Encik Abdul Samad Bin Othman. Didalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang ada dibumi Yaman ini agar sama-sama kita mengingati tujuan dan matlamat kedatangan kita ke sini. Sambil itu beliau juga turut menekankan agar kita terus menjaga nama baik nama Negara kita, agama kita, dan juga nama kita sendiri serta menjaga ukhuwah yang telah sedia ada dikalangan rakyat Malaysia yang ada dibumi Yaman ini. Akhir sekali, acara diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mujiburrahman bin Ishak dan sedikit jamuan yang disediakan oleh tuan duta. Dan program tersebut telah berkahir kira-kira jam 6.30 petang.

p/s : gambar akan menyusul kemudian...

Thursday, June 4, 2009

Kerjasama Pembangunan Pendidikan Antara Kerajaan Malaysia Dan Repulik Yaman.

Sana’a, 1 Jun 2009 - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia - Dato’ Seri Mohamed Khalid Bin Nordin ke sini untuk memeterai perjanjian usahasama di antara kerajaan Malaysia dan Republik Yaman. Dato’ Seri telah meluangkan masa yang terhad untuk menghadiri satu upacara perasmian sebuah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia yang pertama iaitu International University Technology Twintech (IUTT) di Republik Yaman.

Upacara majlis bermula dengan kedatangan Deligasi Kementerian Pengajian Tinggi ke tapak perasmian IUTT. Majlis seterusnya disusuli dengan beberapa siri ucapan dari dif-dif kehormat diantaranya Naib Dekan IUTT - Dr Noridah Ibrahim diikuti pula ucapan alu-aluan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dan Pengajian Sains Republik Yaman - Dr. Salih Ali Basura.

Majlis seterusnya disajikan dengan makanan tradisi masyarakat Yaman untuk para tetamu. Setelah itu tibalah upacara kemuncak pada hari tersebut iaitu acara merasmikan IUTT. Seterusnya, diikuti dengan lawatan menteri dan dif-dif kehormat bagi meninjau kelengkapan fasiliti yang disediakan oleh pihak IUTT di kampus universiti tersebut. Seterusnya adalah sesi temu bual serta dokumentasi oleh pihak media Malaysia (TV3) serta media akhbar tempatan Yaman.

Dikesempatan itu juga satu sesi dialog anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA) telah diadakan diantara Menteri Pendidikan Dato’ Seri mohamed Khalid Bin Nordin dengan perbagai lapisan masyarakat Malaysia di Yaman. Antara tujuan sesi dialog ini diadakan adalah untuk berkongsi pendapat khususnya mengenai prestasi atau permasalahan pembelajaran pelajar Malaysia di Yaman. Antara yang paling menarik dalam sesi temu bual tersebut adalah kenyataan Menteri Pendidikan atas persetujuan beliau untuk memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program yang dicadangkan oleh PERMAYA khususnya bantuan dari segi sokongan moral mahupun kewangan. Lanjutan daripada kenyataan tersebut maka terjawablah persoalan yang diajukan oleh presiden PERMAYA seperti yang terkandung dalam ucapan dasar beliau mengenai kesulitan yang PERMAYA hadapi serta gambaran sokongan pergerakan aktiviti PERMAYA yang selama ini hanya mendapat kerjasama penuh daripada kedutaan besar Malaysia ke Yaman dan Konsulat Pendidikan Malaysia di Jeddah Ustaz Hj Mohd Rodi Bin Hamzah. Oleh yang demikian mereka mengharapkan lebih banyak kerjasama boleh diperolehi terutama dari pihak kementerian pendidikan secara langsung selepas lawatan yang julung kali diadakan ini.

Seperkara yang menarik sewaktu perasmian majlis tersebut bukanlah sahaja berjaya untuk mengumpulkan sejumlah masyarakat Malaysia yang bermastautin di bumi Yaman malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat dengan segelintir masyarakat Malaysia yang berada di bumi yaman. Majlis ini juga telah membuktikan keprihatinan Malaysia terhadap pembangunan pendidikan peringkat tinggi di Yaman khususnyan dalam pendidikan berteraskan agama. Penyertaan perbagai lapisan masyarakat Malaysia yang terdiri dari golongan pelajar , pensyarah serta individu yang bekerja di Yaman boleh dilihat dalam majlis tersebut. Upacara perasmian majlis tersebut diakhiri dengan keberangkatan Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin serta deligasi beliau ke hotel penginapan sementara di Hadda Hotel.












Di copy dari laman web PERMAYA