Saturday, August 29, 2009

Tazkirah Ramadhan 1

Sedar tak sedar , kita kini telah berada di fasa ke-2 bulan ramadhan. Yaitu di dalam minggu yang lain setelah hampir seminggu yang lalu kita berpuasa. Dengan itu marilah sama-sama kita return & irjek kembali. Apa yang telah kita lakukan sepanjang berada di dalam fatrah fasa pertama di awal ramadhan baru-baru ini. Adakah kita telah khatam membaca senaskhah Al-quran? Atau telah bersedekah 1juta ringgit? Atau telah ponteng puasa selama berada di fasa yang pertama? Jawapannya , terletak ditangan kita masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Di sini sukalah saya memetik sepotong hadith nabi sallalLahu alaihi wa sallam yang bermaksud :
( Daripada Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya nabi telah berkata : Apabila datang ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga , dan ditutup pintu-pintu neraka , dan ikat (dipenjara) syaitan-syaitan. )
HR : Muslim
Ramadhan , bukanlah satu bulan untuk kita menahan diri dari belapar dan dahaga semata-mata. Akan tetapi terdapat banyak keistimewaan dan rahsia yang kekadang kita sendiri tidak tahu dan tidak ingin tahu. Dengan itu , kita lihatlah berapa ramai umat manusia yang tidak melaksanakan perintah AlLah subhanahu wa ta’la ini dengan sebaik-baiknya. Ada yang tidak mahu berpuasa kerana mengatakan , “ kalau aku puasa , tak makan , tak minum , matilah…”. “ kalau aku puasa , macam mana nak berkerja?...”. “ kalau aku berpuasa , itulah , inilah..”. Maka kita lihat , seribu macam alasan diberikan oleh mereka-mereka yang seolah-olah menyalahkan tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Cuba kita lihat dan perhatikan. Pernahkah kita mendengar orang mati kerana berpuasa? Pernakah dengar orang kebuluran akibat menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa? Pernakah melihat orang tidak boleh berjalan kerana berpuasa? Yang menjadikan mereka ini menjadi serba tidak boleh bukanlah kerana berat atau beban melaksanakan ibadah yang disyariatkan oleh empunya bumi ini. Akan tetapi , mereka sendiri yang memberat dan membebankan diri sendiri. Kerana tidak mahu mengambil tahu akan perihal agama dan syariat yang telah diturunkan oleh rabbul jalil melalui utusanNya , Muhammad Al-amin.
Maka dibulan yang mulia ini marilah sama-sama kita menghitung dan menimbang diri masing-masing. Kerna bulan ramadhan ini juga dikatakan bulan taubat dan keampunan sebagaimana telah disabdakan oleh kekasih kita diatas. Dibukakan semua pintu-pintu syurga dengan erti kata lain dibukakan seluas-luasnya pintu taubat dan keampunan. Justeru itu , belum terlambat untuk kita balik dan bertaubat kepadaNya selagi nyawa dikandung badan. Dan , selagi peluang masih terbentang luas. Sesungguhnya AlLah subhanahu wa ta’la maha pengampun lagi maha pengasih.

WalLahu a’lam.