Saturday, September 19, 2009

Tazkirah Ramadhan Terakhir...

Assalamualaikum...

Hari ni mungkin adalah hari yang terakhir bagi umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah sebulan berpuasa di bulan yang mulia , bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana dikatakan , apabila hampir dan datangnya bulan ini. Nabi s.a.w dan para sahabatnya ridhua nallahi ajma’in akan berasa gembira dan apabila hampir kepada penghujungnya , nabi s.a.w serta para sahabat semuanya akan berasa sedih dan berduka cita. Kerana apa??? Kerana bulan yang mulia ini akan pergi meninggalkan mereka. Dan mereka mengetahui bahawa sesungguhnya mereka tidak tahu sama ada akan sempat bertemu dengan bulan tersebut di masa yang akan datang ataupun tidak. Justeru itu sebak dan sedih di dada mereka mulai menyelubungi. Akan tetapi , Allah s.w.t itu maha mengetahui dan maha penyayang. Dia tahu hamba-hambaNya itu sedang bersedih. Maka dengan sebab itu nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang bepuasa di bulan Ramadhan , kemudian diikuti dengan berpuasa enam di bulan Syawal , adalah dia seperti berpuasa selama setahun.
HR : Muslim

Maka dengan itu , bagi sesiapa yang berasa sedih dan berduka cita. Jangan bimbang. Allah s.w.t dan nabiNya s.a.w telah menjanjikan dua perkara yang amat menggembirakan untuk seluruh umatnya tatkala bulan yang mulia ini pergi meniggalkan kita. Pertamanya dengan kegembiraan kita berbuka di waktu pagi hari pertama di bulan Syawal dan di larang oleh nabi s.a.w berpuasa pada hari tersebut. Sabdanya yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a : sesungguhnya nabi s.a.w melarang dari berpuasa pada dua hari tersebut : hari raya idulfitri dan hari raya idul adha.
HR : Muslim

Dan berita gembira yang keduanya ialah sebagaimana yang saya sebutkan di atas. Justeru itu janganlah kita berasa sedih dan berdukacita dengan pemergian bulan yang padanya digandakan pahala , ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga dan seluruh syaitan diikat dan dipenjarakan , dan padanya juga terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Akan tetapi tetaplah kita untuk terus melakukan apa yang telah sememangnya kita lakukan di bulan yang penuh keberkatan itu. Bagi yang selalu berqiamullail di bulan tersebut , teruskan berqiamullail di bulan-bulan yang lain. Bagi yang sentiasa bersedekah di bulan itu , teruskan melakukannya di bulan-bulan yang akan datang. Dan apa jua yang telah kita lakukan di bulan ini , kita teruskanlah membuatnya di bulan-bulan dan hari-hari yang akan kita tempuhinya walaupun tanpa berada di bulan yang mulia , Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita sentiasa dibekati dan dirahmatinya selalu. Di sini , di bumi yaman ini tidaklah ada apa-apa yang istimewanya yang boleh saya kongsi di sini tatkala menjelangnya bulan Syawal yang mulia ini. Cuma adalah sedikit sedih dan sebak di dada bila mengenangkan ibunda dan ayahanda serta keluarga tercinta di tanah air. Akan tetapi perasaan itu beransur hilang tatkala melihat sinar Syawal yang mulia ini penuh dengan keberkatan dan rahmat yang dikurniakan olehNya terhadap hamba-hambaNya. Dan pada raya kali ini juga menjadikan ku raya yang paling mencabar bagi diri ku tatkala selepas seminggu yang akan datang , saya akan berada di dewan peperikasaan pula. Yakni beraya dengan kertas soalan dan syeikh-syeikh yang berjaga di dalam dewan peperiksaan pula nanti. Padan muka aku. Sape suh malas sangat???..hehe. akan tetapi itu semua akan ku ingat dan akan menjadi peringatan yang paling berharga buat diri ku. Dan ku akan pastikan ianya tidak akan berulang lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah.. Akhirnya , moga-moga kita semua berada di dalam rahmatNya sentiasa.

Wallahu a’lam.

No comments: