Tuesday, October 27, 2009

العشرة المبشرون بالجنة

Siapakah meraka 10 orang yang dijanjikan oleh Allah s.w.t tentang berita gembira yaitu syurga...???. Adakah kita...???. Kira-kira saya rasa masih ramai lagi yang tidak tahu bukan?.hehe.. Sebenarnya , sebelum ini diri ini juga tidak mengetahui. Akan tetapi Allah s.w.t itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Jadi , marilah sama-sama kita hayati satu persatu nama-nama yang akan kita sama-sama lihat nanti. Moga-moga dengan ilmu yang cetek ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita semua. InsyaAllah...

1- Abu Bakar As-siddiq r.a.
2- Umar bin Al-khattab r.a.
3- Uthman bin A'ffan r.a.
4- Ali bin Abi Talib r.a.
5- Zubair bin Al-awwam r.a.
6- Tholhah bin Ubaidillah r.a.
7- Sa'ad bin Abi Waqos r.a.
8- Abu Ubaidah bin Al-jarrah r.a.
9- Abdur Rahman bin A'uf r.a.
10- Sa'id bin Zaid r.a.

InsyaAllah saya akan sertakan satu persatu biodata dan sedikit bingkisan hidup bagi 10 penama ahlil jannah yang moga-moga kita pun akan bersama-sama dengan mereka di alam sana kelak. Amienn...

Nantikanlah...hihihi...

Monday, October 26, 2009

Turki imbangi hubungan dengan Israel dan dunia Islam

ANALISIS

Hubungan baik Turki dengan Israel, sekutu pentingnya di Asia Barat semakin menunjukkan krisis yang sukar dibaiki ekoran tindakan politik terbaharu Ankara membatalkan penyertaan tentera Israel dalam satu latihan perang tahunan.

Hampir genap setahun selepas protes dramatik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan terhadap Presiden Israel, Shimon Peres di Davos, Switzerland, berhubung serangan tentera Israel ke atas Gaza, Turki kini berdepan cabaran dalam menguruskan dasar luar baharunya yang pragmatik itu.

Turki yang mengadakan latihan perang Anatolian Eagle sebagai usaha kerjasama pertahanan dengan sekutu seperti Israel dan Amerika Syarikat mengubah format latihan itu dengan menangguhkan bahagian latihan yang melibatkan negara-negara lain, yang secara efektif mengelakkan penglibatan Israel dalam latihan itu.

Selari dengan politik dasar luar serantau Ankara pada masa ini, tindakan itu boleh dilihat sebagai usaha untuk menjarakkan diri daripada Israel, sekutu yang menimbulkan masalah kepada diplomasi Turki dalam kalangan negara-negara Arab dan Muslim di Asia Barat.

Peranan diplomasi ini merupakan strategi Turki untuk muncul sebagai negara berpengaruh di Asia Barat, menyaingi atau mengatasi pengaruh negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Pada masa sama hubungan dengan Israel terjejas, Turki memulihkan hubungannya dengan Syria, negara jiran yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Israel, tetapi cuba berunding dengan negara terbabit dengan Turki berperanan sebagai orang tengah.

Menteri luar Turki yang berpengaruh, Ahmet Davutoglu, menyertai menteri-menteri lain bertemu di Syria dalam mesyuarat pertama Majlis Kerjasama Strategik, badan yang merapatkan hubungan negara-negara terbabit.

Ahmet juga dalam satu sidang media dilapor berkata Turki tidak boleh dilihat mempunyai hubungan ketenteraan dengan Israel pada masa yang sensitif, merujuk kepada tindakan keras Israel di Gaza yang mencetus kemarahan dunia Islam.

Israel melihat hubungan semakin baik Turki dengan Syria sebagai ancaman kepadanya, antaranya ekoran peranan Syria dalam mendukung Hamas dan Hizbullah yang berperang dengan Israel.

Pada masa sama, hubungan lebih baik Ankara dengan Damsyik menunjukkan perubahan besar dalam hubungan kedua-dua negara, yang tegang ekoran dakwaan sokongan Syria kepada pemberontak Kurdis yang berperang dengan Turki.

Selain Israel, peranan diplomasi yang diusahakan Turki juga menjejaskan hubungan baiknya dengan Azerbaijan, negara daripada kalangan rumpun bangsa Turki yang juga rakan penting dalam perdagangan bahan bakar.

Usaha Turki dengan Armenia untuk berunding memulihkan hubungan ditentang oleh Azerbaijan kerana rundingan itu tidak memasukkan sekali rundingan berhubung pertikaian wilayah Azerbaijan-Armenia.

Ekoran usaha Turki dipimpin AKP berbaik dengan Armenia yang antaranya bertujuan memulihkan imej Turki sebagai kuasa diplomasi dan meningkatkan imejnya dalam kalangan negara Barat Azerbaijan mula menunjukkan tentangan dan menyukarkan hubungan Ankara dengan Baku.

Terbaharu, perjanjian perdagangan gas kedua-dua negara mula ditimbulkan, dengan Azerbaijan menimbulkan isu jualan gasnya yang di bawah harga pasaran kepada Turki.

Azerbaijan berharap Turki terus berperanan sebagai sekutu utama dan pelindung, lebih-lebih lagi memandangkan pertikaian wilayah Nagorno-Karabakh melibatkan Azerbaijan dengan Armenia masih jauh daripada penyelesaian.

Wilayah Nagorno-Karabakh yang majoriti penduduknya etnik Armenia secara rasminya ialah sebahagian wilayah Azerbaijan, tetapi terlibat dalam konflik untuk bebas daripada Azerbaijan. Pemberontak Nagorno-Karabakh disokong oleh Armenia.

Israel mengambil kesempatan dalam hal ini dengan meningkatkan hubungan dengan Azerbaijan, walaupun perkembangannya selepas ini bergantung kepada gerakan-gerakan Turki dalam memulihkan hubungan dengan Azerbaijan melalui imbangan yang juga melibatkan Armenia.

Pada masa tindakan Recep terhadap Peres di Davos, tindakan itu lebih kepada simbol untuk digunakan dalam politik domestik dan mengendalikan dasar luar baharu yang meletakkan peranan Turki sebagai broker keamanan serantau.

Tetapi pada masa ini, Turki kelihatan perlu menyamai retorik itu dengan tindakan sebenar, yang mungkin lebih daripada sekadar menghalang penglibatan Israel dalam satu latihan perang.

Walau bagaimanapun, menurut satu laporan akhbar Turki, tujuan utama penolakan penglibatan Israel dalam latihan itu ialah kelewatan penghantaran pesawat tanpa juruterbang yang dibeli Turki daripada Israel.

Turki memerlukan pesawat tersebut dalam operasi ketenteraan, yang pada masa ini kelihatan sasarannya ialah gerila Kurdis di sempadannya dengan Iraq.

Turki dan Israel menandatangani perjanjian jualan 10 UAV bernilai lebih AS$180 juta dari sebuah syarikat Israel, dan dilaporkan syarikat itu gagal membuat penghataran pada masa ditetapkan.

Apapun punca tindakan Ankara dalam latihan perang itu, apa yang tercetus menepati permainan dasar luarnya yang memerlukan imej lebih baik dalam kalangan negara-negara Arab dan Muslim Asia Barat.

Turki di bawah AKP bersikap pragmatik dan peka dengan suara rakyat negara itu dalam melaksanakan dasar luarnya yang memberi implikasi kepada politik dalaman, iaitu populariti AKP.

Tindakan Recep di Davos disambut sebagai satu tindakan wira dan populariti AKP meningkat ekoran peristiwa itu.

Ankara pernah menghalang tentera AS daripada menggunakan pangkalan udaranya untuk operasi menyerang Iraq sebagai respons kepada suara rakyatnya.

Dalam usahanya menjadi kuasa diplomasi Asia Barat pada masa ini, Ankara memerlukan segala yang boleh digunakan untuk mencapai imej yang berwibawa, dan tindakan terhadap Israel ini mampu memberikan persepsi ini.

Walau bagaimanapun, pada masa sama, tindakan meminggirkan Israel ini sekiranya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bakal menjejaskan penerimaan sekutu Barat Turki, yang sokongannya diperlukan untuk keanggotaan Kesatuan Eropah dan hubungan penting lain dengan Barat.

Berdasarkan hubungan kompleks Turki dengan Israel dan sekutu-sekutu Baratnya, sukar untuk melihat Turki bertindak lebih jauh lagi dan menyamai retoriknya dengan tindakan yang jelas.


* Petikan dari keratan akhbar tempatan

Thursday, October 1, 2009

Raya '09'

Rayer ker-5 , berayer di rumah duta besar.





Rayer pertama , berayer rumah Encik Hamdan.