Thursday, April 29, 2010

Bab Bagi Menjaga Lidah Dan Sentiasa Mengingati Allah S.W.T

عن معاذ بن جبل رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليس يتحسر أهل الجنة على شيء إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله عز وجل فيها.

Daripada Muadz Bin Jabal r.a telah berkata : Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidak akan sesekali ahli syurga akan mengeluh atau berasa gelisah terhadap apa sekalipun akan tetapi, mereka akan berasa gelisah jika sekiranya mereka tidak mengingati Allah s.w.t walaupun sesaat.

Keterangan Muazd Bin Jabal :

Muadz bin Jabal adalah salah seorang daripada ulama’ di kalangan sahabat Nabi s.a.w yang terkenal dengan zuhud dan bijaksana. Dan juga salah seorang ahli fatwa. Yang mana telah diiktiraf oleh Baginda s.a.w ( dalam hadith yang masyhur) sendiri ketika mana baginda Nabi s.a.w ingin menghantarnya ke negeri Yaman untuk mengajar ahli Yaman tentang Islam.

Keterangan Hadith :

Hadith ini ialah hadith sohih yang telah diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Al-Baihaqi dan telah disohihkan oleh Imam Albani. Pengajaran yang dapat kita ambil dari dalam hadith tersebut ialah, Nabi s.a.w telah menceritakan perihal umatnya yang akan menghuni syurga Allah s.w.t kelak yang telah thabit tentang kewujudannya di dalam Al-quran mahupun Hadith. Yang mana hadith ini menunjukkan bahawa pentingnya bagi seorang muslim itu untuk menjaga tutur katanya agar tidak membuatkannya lalai dan alpa kepada tuhannya. Agar tidak sentiasa memperkatakan tentang sesuatu yang sia-sia dan membawa kepada kerosakan diri dan hati. Kerana diriwayatkan dari sebuah hadith yang sohih di dalam kitab hadith Sohih Muslim karangan Imam Nawawi rahimahullah, Nabi menyuruh umatnya sentiasa menjaga saudaranya yang lain dari kejahatan lidah dan juga tangan. Maka kita pada hari ini, marilah sama-sama bermuhasabah dan melihat. Sejauh manakah diri kita selaku manusia yang bergelar muslim. Adakah kita benar-benar menjaga dan mengamali apa yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w semenjak hampir 1400 tahun yang lalu. Moga-moga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang telah dinyatakan oleh Nabi s.a.w dan di tempatkan di syurga-Nya yang kekal abadi. Amin.

Wallahu a’lam. Siiru a’la barakatillah..

Monday, April 12, 2010

Banner MKK 09-10


Assalamualaikum..
Marilah sama-sama kita memeriahkan Malam Kesenian & Kebudayaan Islam pada tarikh, waktu dan tempat yang telah ditetapkan.. Datanglah beramai-ramai.