Sunday, May 10, 2009

anugerah TUHAN...

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan nikmat untuk menikmati kehidupan yang di kurniakan oleh Allah s.w.t dalam usaha untuk kita mencari mardhotihi. Jadi , kita selaku hamba-Nya hendaklah sentiasa bersyukur dan memohon agar kurnia yang Dia berikan ini bukanlah satu kurniaan yang sia-sia yang telah di berikan kepada hamba-Nya. Dan nikmat ini hendaklah kita gunakan dengan sebaik-baiknya agar tidak di persia-siakan begitu sahaja. Tanpa kita melakukan perkara-perkara yang di murkai-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ ….dan jika sekiranya kamu menghitung nikmat Allah s.w.t , nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya…”
( Surah Ibrahim : 24 )

Nikmat yang paling besar yang tidak dapat di hitung oleh kita sudah pastilah dua nikmat yang kita tidak akan menggadaikannya dengan sia-sia jika sekiranya kita menggunakan nikmat akal yang waras , tubuh badan yang sihat dan persekitaran yang baik. Maka ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian !!! Nikmat ini sesungguhnya , adalah nikmat yang paling besar dan utama yang harus kita tunduk ( menyembah ) bersyukur kepada Tuhan sekalian alam dengan syukur yang tidak terhingga kepada-Nya. Itulah dia nikmat Iman dan nikmat Islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman , jika sekiranya kamu bersyukur nescaya kami akan tambah nikmatmu. Dan jika sekiranya kamu kufur ( ingkar ) maka sesungguhnya azab Ku amat pedih.”
( Surah Ibrahim : 7 )

Dua nikmat ini bukanlah nikmat biasa yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Jika kita kembali kepada sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana Nabi s.a.w sendiri telah berdoa kepada Allah s.w.t agar bapa saudaranya di berikan oleh oleh Allah s.w.t kepadanya dua nikmat tersebut. Akan tetapi , sehingga kepada hembusan nafasnya yang terakhir tidak juga bapa saudara baginda mengecapi dua nikmat ini. Akhirnya tetaplah dia di dalam kekufuran sehingga menemui kematian. Begitu juga dengan kisah nabi Allah Nuh a.s. yang telah berdakwah dan berjuang bagi menyampaikan risalah Islam. Risalah yang dapat menyelamatkan umat manusia daripada azab siksaan-Nya. Maka tatkala itu jugalah anak dan isteri baginda tetap tidak dapat mengecapi dua nikmat ini sehingga mereka menemui ajal.

Maka kepada kita yang telah memperolehi nikmat ini , wajiblah kita menjaganya walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta. Kerana inilah yang di ajar oleh Islam agar kita menjaga akidah , nyawa , keturunan , maruah dan harta. Semoga kita mendapat apa yang di cita-citakan di dunia dan juga akhirat. Walaupun begitu , bukanlah senang untuk kita menjaganya jika sekiranya kita tidak memahami dua nikmat itu sendiri.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“ Sesiapa yang mahu padanya kebaikan daripada Allah s.w.t maka hendaklah dia memahi agama ( Islam )…….”
( HR : Bukhari )

Dan bagi memastikan seseorang itu terus menerus dapat menikmati nikmat ini juga , tidak dapat tidak ibu bapa juga adalah satu elemen yang penting bagi memastikan dua nikmat yang besar ini terus di nikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“ Setiap anak Adam itu di lahirkan dalam fitrah ( Islam ) , maka ibubapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi , Nasrani ataupun Majusi….”

( HR : Bukhari )

Maka di sini jelas peringatan yang telah di sampaikan oleh Baginda s.a.w kepada setiap ibu-ibu dan juga bapa-bapa terhadap anak mereka. Bahawa mereka sendirilah yang akan menjadikan anak mereka sama ada berada di jalan yang betul ataupun sebaliknya. Justeru itu , waspadalah kita dari apa yang telah di nyatakan oleh Baginda s.a.w. Di samping itu hendaklah sama-sama kita melihat dan merenung kepada ayat yang telah di nyatakan oleh Allah s.w.t.

Firman-Nya yang bermaksud :
“ Dan tidak sesekali orang-orang Yahudi dan Nasrani akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti millah ( agama ) mereka.”
( Surah al-Baqarah : 120 )

Maka dengan itu marilah sama-sama kita menjaga dan melindungi nikmat-nikmat yang telah di kurniakan kapada kita dari sebarang ancaman yang akan kita tempuhi. Agar kita sama-sama dapat merasainya dengan rasa aman dan baik. Dan semoga kita di pelihara oleh-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Insyaallah….

اللهم ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك