Wednesday, April 29, 2009

Rehlah Ukhuwah: Terima Kasih Buat Semua


Nota:

  • PERMAYA adalah singkatan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
  • Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar



Alhamdulillah, akhirnya apa yang dirancanakan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang rela meluangkan waktu emas masing-masing demi untuk merealitikan program yang julung-julung kalinya ini. Demi atas nama sebuah kesatuan dan ukhuwah. Demi menjana hari depan generasi adik-adik. Dan demi untuk menjunjung amanah daripada generasi terdahulu. Ya, semoga ia terhasil.



“Ingat, generasi kita adalah dari usaha abang-abang terdahulu, dan generasi sekarang (adik-adik) adalah atas usaha kita yang memikul amanahnya...Itulah antara petikan motivasi daripada Ust. Fazali, mantan Presiden PERMAYA sewaktu sesi ucapan mantan-mantan presiden dilangsungkan.


Rehlah Ukhuwah; Mengimbau Memori Yaman ini telah disertai oleh 20 orang lepasan pelajar Yaman. Masing-masing mereka dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, dan Johor. Yang Perak dan KL datang dengan bas, yang Johor pula datang menaiki motosikal. Penuh mujahadah. Itulah contoh semangat dan kemahuan yang diperlukan untuk membina semula wahdatul fikr dalam membawa ruh perjuangan dan agenda dakwah masakini.



Kami berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau nama komersilnya ‘Masjid Terapung’ di Kuala Ibai sebelum bertolak secara konvoi ke tapak perkhemahan pada jam 9.30 pagi. Konvoi ini melibatkan empat buah motosikal, tujuh buah kerata, dan dua pancuan empat roda.



Dalam perjalanan, kami terpaksa berhenti kira-kira lima belas minit akibat sekatan jalan raya oleh abang polis peronda. Mengikut telahan, kemungkinan sekatan itu diadakan untuk mencari motosikal yang hilang. Kami turut disoal-siasat. Tetapi pihak polis melayan kami dengan baik dan tidak mensyaki apa-apa terhadap kami. Namun begitu, sepucuk surat 'cinta' terpaksa juga dilayangkan kepada salah seorang daripada kami kerana tidak membawa roadtax motosikal milik abangnya.


Kami meneruskan perjalanan. Kawasan hutan Belukar Bukit kami jelajahi sudah hampir ke destinasi. Di satu selekoh sewaktu menuruni bukit, tiba-tiba sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Seorang daripada sahabat kami yang menunggang motosikal hilang kawalan disebabkan kelajuan menuruni bukit lalu terbabas, terseret ke kaki lima jalan, dan akhirnya melanggar penghadang di tepi jalan.



Aku yang betul-betul berada di belakangnya terus memberhentikan motosikal dan meluru ke arahnya untuk memberi bantuan yang perlu. Keadaannya tidak begitu parah, cuma mendapat sedikit luka kecil serta calar-calar di lengan dan kaki. Motosikalnya pula mengalami sedikit kerosakan, tetapi masih dapat berjalan dengan baik.


Kami sampai ke tapak perkhemahan kira-kira jam sebelas pagi. Terlewat dari jadual asal kerana beberapa mehnah di perjalanan. Setelah mengenal pasti tempat yang bersesuaian, kami terus memunggah barang. Memasang khemah dan juga bahagian dapur. Selesai semua, kami bersiap untuk solat Jumaat. Khatib pada hari tersebut ialah Ustaz Mohd Khalil. Selepas solat Jumaat, slot taaruf diadakan sementara menanti hidangan tengah hari daripada chef Syed Azwan.


Pada sebelah malamnya pula, bermula selepas solat Maghrib berjamaah, slot Bicara Malam yang disampaikan oleh Ustaz Haji Amin diadakan. Memandangkan beliau adalah lepasan pelajar Yaman yang baharu sahaja pulang ke tanah air, maka isi ucapan beliau berkisar seputar kehidupan di Bumi Iman dan Hikmah itu. Dalam ucapannya, beliau menyentuh perihal PERMAYA sendiri, usaha untuk mencari dana, masalah pelajar yang timbul, berkenaan pelajar muslimat, dan juga perancangan untuk menubuhkan alumni Yaman di Malaysia.


Setelah itu, moderator majlis Saudara Saifullah Hussin menjemput tiga orang mantan Presiden PERMAYA yang hadir pada rehlah kali ini untuk memberi ucapan ringkas. Masing-masing mantan presiden banyak mengutarakan pandangan dan juga cadangan.


Antaranya ialah sokongan kepada usaha menubuhkan alumni Yaman, mengharapkan agar program rehlah ini menjadi pencetus kepada perjumpaan di masa akan datang, membantu meringankan permasalahan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat di Yaman, dan juga menjadi penghubung dalam mengeratkan ukhuwah antara lepasan Yaman. Akhirnya sebelum lelapkan mata, kami menjamu selera bermenukan nasi goreng, serta ayam dan ikan BBQ.



Hampir jam 5 pagi, kami bangun untuk memenuhi slot yang dijadualkan iaitu Zikir Alam (qiamullail). Selepas solat Subuh yang diimami oleh Ustaz Mad ABC, moderator majlis Ustaz Zulkhairi (mantan presiden) mempersilakan Ustaz Fazali bagi mengisi ruang Bicara Fajar.


Antara lain ucapannya, Ust. Fazali (mantan presiden) mengimbau kembali sejarah awal penubuhan PERMAYA. Betapa susah payah generasi terdahulu berjuang sehingga PERMAYA mendapat pengiktirafan oleh Kedutaan Besar Malaysia Yaman dan juga daripada institusi pengajian di republik tersebut.



Beliau juga menegaskan agar ditingkatkan lagi kualiti ke arah yang lebih global dengan penubuhan alumni Yaman seberapa segera. Antaranya lagi, beliau menyeru agar kita melebar-luaskan lagi networking dengan melibatkan diri dengan gerakan dakwah Islamiyah di bumi Malaysia.



Kepada lepasan Yaman dari akhowat, maaf kerana program ini tidak melibatkan kalian, kerana tempat tersebut tidak sesuai untuk kaum hawa bermalam. Insya-Allah akan diadakan perjumpaan susulan pada bulan Jun nanti. Waktu itu, kami turut menjemput sahabiah-sahabiah semua.


Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perjumpaan sulung ini. Kepada Syed Azwan (mantan presiden) dan awak-awaknya, juga rakan-rakan Al-Watary Geng yang menjadi penggerak program rehlah ini. Kepada para pen-sponsor kita. Serta kepada semua peserta yang datang dari dalam dan luar Terengganu.



Satukan fikrah Islamiyyah kita,


Dengannya akan terbina jalinan persahabatan,


Dengan persahabatan akan lahirlah ukhuwah,


Dengan ukhuwah akan terbina kesatuan,


Justeru, pasti akan tergeraklah agenda dakwah,


‘Islahnafsak, wad’u ghairak’.






































copy-paste from : alwatary.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

welc0me bAck...

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa-rasanya lama dah tidak mengupdate blog ini. Harap maaflah kepada sahabat-sahabat sekalian. Kerana baru-baru ini agak sibuk sikit dengan ikhtibar nihai lil fashlil awwal fi hazihi thanah. Apa pun , saya mengaharapkan dari sahabat-sahabat sekalian agar sama-sama kita mendoakan supaya kejayaan berpihak kepada kita semua. Dan bagi yang sedang dan akan menduduki fatrah tersebut , diharapkan antum semua dapat melakukan yang terbaik. Dan ingat!!! Kejayaan yang kita perolehi kelak bukanlah suatu kejayaan yang sia-sia dan juga bukanlah hanya untuk diri kita sahaja. Dan saya berdoa agar kalian semua senantiasa sukses dalam apa jua perkara yang di lakukan. Dengan berusaha dan bersungguh-sungguh di atas setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Dan akhirnya , barulah kita meletakkan pengharapan kepada Allah s.w.t setelah kita berpenat lelah dengan segala macam usaha yang di lakukan. Sama ada baik mahu pun sebaliknya. Firman Allah s.w.t :

فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين
Bermaksud : “ maka apabila kamu berazam ( bertekad ) maka bertawakkallah kepada Allah , sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertawakal.”

( ali-Imran : 159 )

Wallahu a’lam…

Wednesday, April 1, 2009

suNNatuLLah..

Hidup ini kalau kita andaikan sebagai langit , mungkin ramai yang akan sangkakan ianya akan indah dan cerah selalu. Akan tetapi malangya ia tidak sepeti sangkaan kita. Kerna apa..??? Kerna itulah lumrah alam. Sunnatullah yang tak dapat di ubah oleh kita. Begitulah kehidupan kita dan pejuangNya. Tak dapat lari dari senanag dan susah , suka dan duka . pahit dan manis , dan sebagainya. Akan tetapi , tetaplah kita dengan ajaranNya , setetap bumi yang di pasak olehNya untuk kita. Bersabarlah kita dengan ujian tatkala berada di medan pejuangan , sesabar unta yang berjalan di atas padang pasir yang panas terik. Bercita-cita tinggilah kita untuk mendapat redhaNya , setinggi langit yang tak tercapai. Dan rendahkan lah diri , serendah bumi yang di ciptakan walaupun terbentang dengan seluasnya. Moga kita semua mendapat kehidupan yang sebenarnya. Baik didunia mahupun diakhirat kelak. Aminnn..

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik di landa badai

Dalam sukar hitunglah kesyukuran mu
Dalam senang awasi kealpaan mu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran tuhan

Dalam diam taburkanlah bakti mu
Dalam tenang buangkanlah amarah mu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwa mu itu

Lagu : Lukisan Alam
Artis : Hijjaz