Wednesday, March 25, 2009

4 sEkAwAn

‘ 4 sekawan ’ bukanlah name rempah yang biase kite semue sebut-sebutkan. hehe.. Akan tetapi ianya adalah berkisahkan empat orang pelajar Universiti Iman. Meraka ini mempunyai 4 kesamaan yang mungkin boleh kite kongsikan bersame. Terdiri daripada Faris ( Syed Mohd Faris ) , Faez ( Mohd Faiz ) , Zikry ( Ubaidillah Zikri ) dan aku ( Sudin ). hehe..apa yang di katekan persamaan itu..??? mari kite same2 lihat di bawah...hehe :-
1) kesemuanye sakan khorij (tinggal di luar Universiti)
2) kesemuanye bujang. hehe…
3) duduk dalam kelas yang same dan tahun pun same...
4) rumah lain-lain. huhu…
Tapi aku nak cerita kat sini bagaimana kuasa & perancangan Allah s.w.t melebihi segale ape yang ade di bumi mahupun yang di langit. Bagaimana Allah s.w.t mempertemukan aku dengan mereka hanya Dia saja yang tahu. Faris , aku bertemu dengannye seawal aku sampai di Yaman dan dialah yang mula-mula aku kenal dari kalangan kami. Dan mulanya aku tak ambik kisah pun pasal die. Dengar-dengar dari kawan-kawan je pasal die. Bukan ape , kite ni orang baru masa tu. So , seganlah sikit. Ke waner ris??? hehe.. Tak lama lepas pada tu kelas pun startla. Mase tu aku baru je kelas lughah ( bahasa ) . Time hari pertama aku masuk kelas tak sangka pulak yang dia pun kelas same dengan aku. Tapi masa tu aku duk asrama lagi. Dan masa tu masih tak rapat mana lagi. Orang kata pe , masih nak kenal hati budi masing-masing. hehe.. tul ak ris??? Lepas tu pun lama sikit aku terpakse kuar dari asrama. Sebab ade masalah sikit dengan geng-geng bilik aku. Dan dalam masa yang sama jugak lah si faris ni ofer ker aku rumah yang dia duduk masa tu. Aku pun ape lagi , tanpa segan dan silu terus je menyambar macam singa lapar. hehe.. n then start hari tu lah aku menjadi orang kate pe ris...??? ‘teman tapi mesra’..hehe… pastu masuk tahun seterusnye aku dan faris dapat masuk ke tahun 1 dalam fasa tuk buat Ijazah Sarjana Muda. Itu pun selepas kami bertungkus lumus berperang dengan sheikh2 yang berkeras tidak mahu menaikkan kami ke tahun 1. mungkin sebab kami ni POWER sangat kut. Tul ak ris..??? hehe.. Mase kami tengah2 bertungkus lumus tuk naik ke tahun 1 ketika itu. Mase tu jugaklah aku terserempak dengan si Zikry. Mule2nye aku segan nak tegur dia. Yelah , kite ni sape lah kalau nak di banding dengan dia tu. Lagi pun sebelum ni pun aku memang tak rapat pun dengan dia , cume kenal gitu2 je la. Satu lagi ayah dia tu orang kuat Universiti Sains dan Teknologi ( UST ) di Sana’a. so , aku pun rase seganla sikit dengan dia. Jangan marah broo…hehe… n then lame2 aku pun buat2la tegur dia. Last2 jadi kamcing dengan dia. Sampailah kami dapat masuk ke tahun 1 same2. dahla kelas pun sekali. Tul ak broo??? hehe… n last sekali tentang si faez pulak. Aku kenal dia mase tahun lepas dah. Tapi tak rapatla. Sebab dia lain sikit dari yang lain. So , aku tak berapa nak masuk la dengan dia. Last2 jumpe dia kat tempat time aku tengah buat urusan nak naik tahun 1 jugak. n then kami same2lah mengejas tuk naik tahun 1. nasib baikla ejas punye ejas akhirnye dapat jugak kami ber-4 masuk tahun 1.hehe… Macam ade jodoh je kite ber-4 ni kan...??? hehe…sampai la sekarang kami ber-4 ni bagaikan orang kate pe ‘ air di cincang tak akan putus ’ lebih kurangla.hehe….so , begitulah sikit2 kisah tentang kami ber-4. di bawah ini ade aku selitkan sedikit biodata dan juge gambar bagi sesiapa yang berkenan tuk jadikan kawan ke , menantu ke , suami ke , atau pun orang gaji pun boleh..hehe.. oklah..semoge semue terhibur. Dan maaf zahir batin kepada faris , faez n zikry kalau ade salah & silap..dah macam hari raye la pulak..hihihi...jangan marah bro2 semue…peace!!!



Nama : Faris ( Syed Mohd Faris bin Syed Roslan )
Umur : 23 tahun
Asal : Perak
Menetap : Puchong , selangor @ k.l..aku pun luper dah hehe…
Status : Bujang 3



Nama : Faez ( Mohd Faiz bin Abdul Karim )
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor kut…hehe..
Menetap : Selangor
Status : Bujang 4



Nama : Zikry ( Ubaidillah Zikri bin Liawuddin )
Umur : 20 tahun
Asal : Terengganu
Menetap : Losong n k.l
Status : Bujang 4


Nama : Sudin ( Mohd Nasiruddin bin Othman )
Umur : 21 tahun
Asal : Perak
Menetap : Terengganu
Status : Bujang 4

Macam rancangan mencari jodohla pulak kan???hehe… tak de lah. Aku saje je postkan artikel ni khas buat bro2 aku semua… jangan ade yang tersalah faham pulak. Ok…???

Firman Allah s.w.t bermaksud :
“ Wahai manusia ! seseungguhnya telah aku jadikan kamu dari kalangan laki-laki
dan perempuan. Dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
agar kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan
kamu di sisi ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

( al-Hujurat : 13 )

Wednesday, March 18, 2009

Laungan berSemangat..!!!

ثوري ثوري ثوري
نفدي الدين بالدم
قاتل يا مجاهد وكبر بسم الله
خلي الناس تشاهد والنصر هو الله
نتحدى بقرآننا ثايرين رجالنا
ما بتعود ديارنا وما بيمسح عارنا إلا الدم وهالنار
وحدوا الأيادي رتبوا الصفوف
خلي الحق ينادي لا رهبه ولا خوف
قرآننا بيدينا فجرنا الصراع
نتحدى أعادينا نهجم لادفاع
أرفع السلاحي أنصر هذا الدين
فجر الكفاحي عز المسلمين
Assalamualaikum kepada bapa saudaraku yang di sayangi. Di sini ada sudin letakkan lirik dan juga lagu ( ada di tepi tu sebelah kanan dan bawah sekali) yang Anjang suka dan Anjang cari liriknya selama ini. Sudin letakkan di sini khas untuk Anjang. Terimalah...hehe..!!

Wednesday, March 11, 2009

Khas Buat Teman-teman Ku

Wahai kawanku...
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Di kala mendengar azan
Usahakanlah semampu yang terdaya
Ini membuktikan kesungguhan anda
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran,
….dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas
Wahai kawanku...
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupunn sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat
Sentiasalah membaca, menghafal dan…
cuba hayati mesej arahannya
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera
Wahai kawanku...
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak paham
Antara malapetaka pertama menimpa umat kita…
ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya
juga mengutamakan bahasa pasar
Ayuh!!!Apa tunggu lagi?????
Bukalah ruang walaupun seminit!!
Wahai kawanku...
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan
Syaitannn namanya!!!
Wahai kawan...
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa
Rasulullah saw adalah yang paling banyak senyum
Baginda ketawa tetapi kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan!
Plato juga mengharap agar pementasan hiburan
yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh,
hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan
Supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!
Wahai kawanku...
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan kepada jiwamu yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
Tapi , kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas
Seperti kau memasukkan garam ke dalam gulai
Wahai kawanku...
Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh
Bahkan menyakitkan hati orang lain pula!!!
Lukman Hakim juga mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra’memberi tip kepada kita….
Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah antara keduanya
Wahai kawanku...
Usahlah mengumpat-ngumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh, hindarilah mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah yang lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama
Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!
Boleh mengumpat…apabila ada tujuan syarie :
- untuk menuntut kezaliman apabila dizalimi
- untuk menghapuskan kemungkaran
- kerana memberi fatwa
- kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
- kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan
Wahai kawanku...
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian !!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…!!!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi
Wahai kawan...
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa
Hadkanlah masa penunaiannya
Biasakan hidup berjadual di hadapan
Bijaksanalah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana
Sabda Nabi saw bermaksud :
“Bertindak segeralah melakukan amal…”
(diulanginya 7 kali)
Sayangilah masa saudaramu!!
Hormatilah waktu mereka!!
Usahlah berbicara meleret-leret…
Tanpa haluan dan noktahnya
Semoga panduan, tip, nasihat, tunjuk ajar
dan penulisan ini dapat dikongsi faedah bersama
Amin, amin, amin……..
Di petik dari kata-kata as-Syahid Imam Hasan al-Banna

Monday, March 2, 2009

lucu... ' TETAPI AWAS !!! '

Siang tadi maser dalam kelas , time tu madah " Iman " . Tengah-tengah sheikh bagi muhadarah tiba-tiba sampaila sepucuk surat kepada sheikh. Tapi ingat , bukan surat " cinta " . hehe… Tapi adalah surat dari seorang pelajar arab. Aku pun tak tahu apa namer pak arab tu. Huhu… ingatkan dier hantar surat nak tanyer soalan kepada sheikh , rupe-rupenyer dier nak mengatakan bahawasenyer "hatif "@ " handset " tu bid’ah. Terkejut sheikh..!! bukan setakat sheikh jer , kami geng-geng pelajar Asia yang terdiri dari Malaysia dan Indonesia pun terkejut. Tak cukup dengan kami , pelajar-pelajar arab lain pun turut samer terkejut. Lantas sheikh pun memanggil saper tuan empunyer yang menghantar kertas tersebut. Tiba-tiba dengan muker yang selamber , pak arab sorang ni pun bangunla. Sheikh kater , " ko naik jap kat atas ni. ko ni kan , memang nak kener tul la "..ckp luar pulak sheikh ni.hehe.. tak derla.. itu aku yang translate kut melayu dan tambah sikit-sikit. Pak arab tu pun naikla. Sembang punyer sembang , last sekali sheikh tanyer " maner dalil yang ko kater handset ni bid’ah? ". dier pun tercengang. Kami geng-geng Malaysia dan Indonesia aper lagi. Bagai nak terkeluar urat perut suker..hehehe… dahla sebelum ni pun kami tengah suker-suker maser dier tengah sembang-sembang ngan sheikh kat atas tu. Last-last sheikh pun bagi jawapan yang tepat mengenai apakah itu " bid’ah ". Sheikh pun berkata , " di katakan bid’ah itu hanyalah pada perkara ibadah sahaja ". Sebagaimana juga kata Imam Al-Syatibi : " Bid’ah itu hanyalah pada perkara ibadah sahaja ". Yakni menambah ataupun mereka-reka sesuatu perkara di dalam perkara-perkara ibadah selain dari apa yang telah di tetapkan oleh agama dan juga syara’.

Wallahu a’lam..