Wednesday, March 11, 2009

Khas Buat Teman-teman Ku

Wahai kawanku...
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Di kala mendengar azan
Usahakanlah semampu yang terdaya
Ini membuktikan kesungguhan anda
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran,
….dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas
Wahai kawanku...
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupunn sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat
Sentiasalah membaca, menghafal dan…
cuba hayati mesej arahannya
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera
Wahai kawanku...
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak paham
Antara malapetaka pertama menimpa umat kita…
ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya
juga mengutamakan bahasa pasar
Ayuh!!!Apa tunggu lagi?????
Bukalah ruang walaupun seminit!!
Wahai kawanku...
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan
Syaitannn namanya!!!
Wahai kawan...
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa
Rasulullah saw adalah yang paling banyak senyum
Baginda ketawa tetapi kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan!
Plato juga mengharap agar pementasan hiburan
yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh,
hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan
Supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!
Wahai kawanku...
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan kepada jiwamu yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
Tapi , kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas
Seperti kau memasukkan garam ke dalam gulai
Wahai kawanku...
Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh
Bahkan menyakitkan hati orang lain pula!!!
Lukman Hakim juga mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra’memberi tip kepada kita….
Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah antara keduanya
Wahai kawanku...
Usahlah mengumpat-ngumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh, hindarilah mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah yang lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama
Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!
Boleh mengumpat…apabila ada tujuan syarie :
- untuk menuntut kezaliman apabila dizalimi
- untuk menghapuskan kemungkaran
- kerana memberi fatwa
- kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
- kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan
Wahai kawanku...
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian !!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…!!!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi
Wahai kawan...
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa
Hadkanlah masa penunaiannya
Biasakan hidup berjadual di hadapan
Bijaksanalah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana
Sabda Nabi saw bermaksud :
“Bertindak segeralah melakukan amal…”
(diulanginya 7 kali)
Sayangilah masa saudaramu!!
Hormatilah waktu mereka!!
Usahlah berbicara meleret-leret…
Tanpa haluan dan noktahnya
Semoga panduan, tip, nasihat, tunjuk ajar
dan penulisan ini dapat dikongsi faedah bersama
Amin, amin, amin……..
Di petik dari kata-kata as-Syahid Imam Hasan al-Banna

No comments: