Rayer pertama , berayer rumah Encik Hamdan.
Thursday, October 1, 2009
Saturday, September 19, 2009
Tazkirah Ramadhan Terakhir...
Hari ni mungkin adalah hari yang terakhir bagi umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah sebulan berpuasa di bulan yang mulia , bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana dikatakan , apabila hampir dan datangnya bulan ini. Nabi s.a.w dan para sahabatnya ridhua nallahi ajma’in akan berasa gembira dan apabila hampir kepada penghujungnya , nabi s.a.w serta para sahabat semuanya akan berasa sedih dan berduka cita. Kerana apa??? Kerana bulan yang mulia ini akan pergi meninggalkan mereka. Dan mereka mengetahui bahawa sesungguhnya mereka tidak tahu sama ada akan sempat bertemu dengan bulan tersebut di masa yang akan datang ataupun tidak. Justeru itu sebak dan sedih di dada mereka mulai menyelubungi. Akan tetapi , Allah s.w.t itu maha mengetahui dan maha penyayang. Dia tahu hamba-hambaNya itu sedang bersedih. Maka dengan sebab itu nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang bepuasa di bulan Ramadhan , kemudian diikuti dengan berpuasa enam di bulan Syawal , adalah dia seperti berpuasa selama setahun.
Maka dengan itu , bagi sesiapa yang berasa sedih dan berduka cita. Jangan bimbang. Allah s.w.t dan nabiNya s.a.w telah menjanjikan dua perkara yang amat menggembirakan untuk seluruh umatnya tatkala bulan yang mulia ini pergi meniggalkan kita. Pertamanya dengan kegembiraan kita berbuka di waktu pagi hari pertama di bulan Syawal dan di larang oleh nabi s.a.w berpuasa pada hari tersebut. Sabdanya yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.a : sesungguhnya nabi s.a.w melarang dari berpuasa pada dua hari tersebut : hari raya idulfitri dan hari raya idul adha.
Dan berita gembira yang keduanya ialah sebagaimana yang saya sebutkan di atas. Justeru itu janganlah kita berasa sedih dan berdukacita dengan pemergian bulan yang padanya digandakan pahala , ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga dan seluruh syaitan diikat dan dipenjarakan , dan padanya juga terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Akan tetapi tetaplah kita untuk terus melakukan apa yang telah sememangnya kita lakukan di bulan yang penuh keberkatan itu. Bagi yang selalu berqiamullail di bulan tersebut , teruskan berqiamullail di bulan-bulan yang lain. Bagi yang sentiasa bersedekah di bulan itu , teruskan melakukannya di bulan-bulan yang akan datang. Dan apa jua yang telah kita lakukan di bulan ini , kita teruskanlah membuatnya di bulan-bulan dan hari-hari yang akan kita tempuhinya walaupun tanpa berada di bulan yang mulia , Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita sentiasa dibekati dan dirahmatinya selalu. Di sini , di bumi yaman ini tidaklah ada apa-apa yang istimewanya yang boleh saya kongsi di sini tatkala menjelangnya bulan Syawal yang mulia ini. Cuma adalah sedikit sedih dan sebak di dada bila mengenangkan ibunda dan ayahanda serta keluarga tercinta di tanah air. Akan tetapi perasaan itu beransur hilang tatkala melihat sinar Syawal yang mulia ini penuh dengan keberkatan dan rahmat yang dikurniakan olehNya terhadap hamba-hambaNya. Dan pada raya kali ini juga menjadikan ku raya yang paling mencabar bagi diri ku tatkala selepas seminggu yang akan datang , saya akan berada di dewan peperikasaan pula. Yakni beraya dengan kertas soalan dan syeikh-syeikh yang berjaga di dalam dewan peperiksaan pula nanti. Padan muka aku. Sape suh malas sangat???..hehe. akan tetapi itu semua akan ku ingat dan akan menjadi peringatan yang paling berharga buat diri ku. Dan ku akan pastikan ianya tidak akan berulang lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah.. Akhirnya , moga-moga kita semua berada di dalam rahmatNya sentiasa.
Wallahu a’lam.
Saturday, September 12, 2009
Tazkirah Ramadhan 4 : 10 Malam Terakhir
Tatkala menjelang sepuluh malam terakhir. Maka kita boleh lihat di sekeliling kita antaranya di bumi yang penuh dengan barakah dan rahmah ini. Berpusu-pusu umat manusia yang beragama islam berebut untuk menunaikan satu perkara yang sentiasa dilakukan oleh nabi s.a.w apabila menjelmanya hari-hari terakhir berada di bulan yang mulia , ramadhan al-mubarak. Iaitulah . nabi beriktikaf dan menyemarakkan diri dengan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-quran , berjaga malam , memperbanyakkan amalan-amalan sunat , bersedekah dan sebagainya.
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Daripada Aisyah r.a (isteri) nabi s.a.w telah berkata : adalah nabi s.a.w beriktikaf disepuluh akhir dalam bulan ramadhan.
HR : Muslim
Saya di sini di bumi iman dan hikmah ini , merasakan teramat syukur dan gembira dengan keadaan suasana yang seakan-akan menyeru untuk melakukan amalan-amalan yang sememangnya di tanah air kita amat jarang dilakukan oleh orang-orang di sekeliling kita. Walaupun saya tidaklah beriktikaf sepertimana nabi s.a.w , namun siapalah kita kalau hendak dibanding dengan kekasih Allah s.w.t yang merupakan insan yang paling agung di atas muka bumi ini. Akan tetapi saya amat gembira dengan keadaan dan kawasan rumah yang boleh dikatakan sepuluh langkah sudah sampai ke masjid. Dengan masjidnya yang melakukan qiamullail berjemaah di setiap sepuluh malam terakhir. Dan dengan masyarakatnya yang tanpa segan silu membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan yang paling saya sedih bercampur gembira adalah dengan masyarakatnya sentiasa memegang naskhah mukjizat nabi s.a.w itu yakni al-quran dan membacanya setiap masa. Bukan hanya di sepuluh hari-hari terakhir ramadhan. Akan tetapi , bermula saja ramadhan mereka terus melakukan amalan-amalan seperti yang saya sebutkan di atas. Maka berbeza di tanah air kita. Ramainya umat manusia khususnya yang beragama islam lalai dengan bermacam-macam agenda di bulan yang mulia ini. Apabila bermulanya bulan yang mulia ini maka kita boleh lihat seolah-olah di bulan inilah , bulan untuk membuat segala-gala yang perlu mereka lakukan.
Sesungguhnya kami telah turunkannya ( al-quran ) pada malam lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadr itu?. Iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh ( jibril ) dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.
Surah : Al-qadr
Malam yang dicerita dan dinyatakan oleh Allah s.w.t ini tidak akan kita perolehinya dengan kita hanya menggoyangkan kaki dan menunggu begitu saja tanpa ada apa-apa usaha yang dilakukan bagi membolehkan kita sampai kepadanya. Mana mungkin pohon akan berbuah tanpa dibajai dengan betul dan baik. Caranya…??? Saya kira ramai yang telah mengetahuinya dan lebih arif daripada saya. Moga-moga kita bertemu dengannya pada kali ini dan mendapat lindungan rahmat dariNya.
Amienn..
Thursday, September 3, 2009
Konflik Berpanjangan Di Bulan Mulia..
Iklan
Kerajaan Ali Abdullah menolak syarat perdamaian kumpulan Houthi yang mahukan kuasa yang lebih di wilayah mereka, mendorong kumpulan Houthi mengeluarkan amaran �perang yang berpanjangan� akibat penolakan peluang perdamaian itu.
Ali Abdullah kini berdepan usaha sukar menangani konflik dalaman dan mengimbangi hubungan baik dengan AS dan menjaga hubungan dengan Arab Saudi dan pada masa sama mengawal usaha Saudi untuk mendominasi.
Tiga kumpulan sekaligus terlibat dalam konflik dengan kerajaan Yaman, konflik yang semakin meningkat dan menarik perhatian dunia sejak beberapa bulan lalu. Di sebelah selatan, pemberontak pemisah menjadikan suasana tegang, memperlihatkan sentimen anti-penyatuan lama selepas Yaman Utara dan Selatan bersatu.
Pada masa sama, Yaman yang menjadi sekutu Amerika Syarikat dalam �perang menentang terorisme� juga mengawasi pengaruh al-Qaeda yang dilihat mengambil kesempatan daripada kekacauan untuk menjadikan negara bersempadan Laut Merah dan Teluk Aden itu sebagai pusat aktiviti mereka.
Konflik paling hebat melibatkan kerajaan Ali Abdullah (gambar)dengan kumpulan Syiah Zaidiyah di utara, menyaksikan pertempuran yang meningkat ketika
Muslim seluruh dunia menyambut kehadiran bulan mulia Ramadhan.Pertempuran ini ialah yang keenam dan terbaharu sejak kempen terhadap Houthi bermula pada 2004.
Menurut laporan media Yaman, sekitar 5,000 orang telah terkorban dan 200,000 menjadi pelarian akibat konflik kerajaan Yaman dengan pemberontak Houthi yang kubu kuatnya terletak di Saada, utara negara itu.
Konflik melibatkan kumpulan Syiah Zaidiyah mempunyai sejarah yang panjang dan dimensi dalaman dan serantau. Kumpulan Syiah Zaidiyah menyimpan rasa kesal sejak kejatuhan kepimpinan panjang mereka di Yaman pada 1962, kejatuhan yang menjadikan mereka terpinggir.
Dua kuasa serantau, Arab Saudi dan Iran dinilai pemerhati terlibat dalam konflik ini dan menjadikan kedua-dua pihak bertentangan sebagai proksi untuk mengukuhkan pengaruh mereka.
Hal ini tidak mengejutkan memandangkan persaingan berzaman kedua-dua negara yang berpegang pada beraliran Islam yang bertentangan. Kedua-dua negara telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap situasi Yaman sejak konflik terbaharu tercetus.
Saudi telah menunjukkan rasa kurang senang dengan laporan media Iran dan menuduh Iran membantu kumpulan Syiah Zaidiyah, manakala Iran menuduh Arab Saudi membantu tentera Yaman.
Arab Saudi didakwa memberi sokongan kepada beberapa kumpulan di Yaman untuk meluaskan dan mengukuhkan pengaruhnya yang mula tertanam sejak memberi bantuan kepada kerajaan Yaman menghadapi perang saudara dengan kumpulan selatan pada 1994.
Iran pula dipercayai memberi sokongan kepada kumpulan Syiah Zaidiyah di utara walaupun mereka daripada aliran Syiah yang berbeza. Sokongan ini mampu memberikannya pengaruh di kawasan-kawasan penting di rantau Asia Barat dan pada masa sama mempunyai proksi untuk mengimbangi pengaruh Arab Saudi, seperti dilakukan di wilayah timur Arab Saudi.
Yaman dalam hal ini tidak mendapat banyak manfaat, malah konflik dihadapi ini, menurut pemerhati, hampir menjerumuskannya menjadi sebuah negara yang gagal seperti Somalia, negara jirannya di seberang Teluk Aden.Yaman sedang menyaksikan sumber hidro karbon semulajadinya semakin berkurangan dan pada masa sama juga berdepan risiko kekurangan sumber air. Konflik bersenjata hanya akan menjadikan keadaan lebih parah.
Arab Saudi berkepentingan untuk melihat kumpulan Houthi tidak berpengaruh, antaranya disebabkan kedudukannya bersempadan dengan wilayah Najran di sempadan Arab Saudi-Yaman. Najran dan sebuah lagi wilayah, Asir, ditakluk Arab Saudi ekoran konflik kedua-dua negara yang berakhir pada 1934.
Najran yang mempunyai jumlah penduduk Syiah Ismailiyah yang agak besar pernah menyaksikan konflik minoriti Syiah dengan pasukan keselamatan Arab Saudi. Dasar Arab Saudi terhadap Yaman dilihat memberi kesan kepada pengikut Syiah terbabit, yang berkongsi sentimen dengan penduduk Syiah Zaidiyah di Yaman.
Kumpulan-kumpulan Syiah berbeza aliran terbabit berkongsi sentimen yang hampir sama terhadap Arab Saudi, yang mempunyai rekod buruk berhubung minoriti Syiah di negara itu, terutama golongan majoriti kalangan mereka, Ismailiyah.
Walaupun sokongan Iran lebih kuat dilihat di wilayah timur Arab Saudi, Syiah Zaidiyah Yaman juga dikatakan mula lebih rapat dengan Tehran ekoran tekanan yang dikenakan, termasuk pengaruh Saudi yang semakin kuat di Yaman.
Kumpulan Syiah Yaman dikatakan telah membina hubungan baik dengan Tehran dan juga Hizbullah di Lubnan dalam usaha berdepan tekanan. Sentimen kebangkitan Syiah seluruh Asia Barat kebelakangan ini mampu menyumbang kepada kerjasama itu.
Yaman mempunyai hubungan sukar dengan jirannya di utara itu. Menjelang Perang Teluk pertama pada awal 1990-an, Yaman dihukum keras Saudi dan sekutu Baratnya kerana tidak menyokong agenda menyerang Iraq.
Sempadan Arab Saudi dengan Yaman pula sentiasa tegang, dengan beberapa pertempuran kecil pernah berlaku melibatkan kedua-dua negara. Prospek untuk konflik lebih besar berlaku sentiasa wujud, dan ini membuka peluang kepada Iran untuk membina pengaruh, mendedahkan rantau Asia Barat dan dunia Muslim kepada satu lagi kemungkinan konflik berdarah yang berpanjangan.
p/s : sumber di ambil dari keratan akhbar tempatan.
Tazkirah Ramadhan 3 : Rintihan Ramadhan (versi melayu )
{قُلْ يَاعِبَادِي الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} (الزمر/53).اللهم إني أستغفرك لكل ذنب
خطوت إليه برجلي
أو مددت إليه يدي
و تأملته ببصري
أو أصغيت إليه بأذني
أو نطق به لساني...أو أتلفت فيه ما رزقتني
ثم استر زقتك على عصياني فرزقتني
ثم استعنت برزقك على عصيانك
فسترته علي
وسألتك الزيادة فلم تحرمني
ولا تزال عائدا علي بحلمك وإحسانك
يا أكرم الأكرمين...اللهم إني أستغفرك من كل سيئة
ارتكبتُها في وضح النهار أو سواد الليل
في ملأٍ أو خلوة
في سرٍ أو علانيةفلم أستحيي منك
وأنت ناظر إلي...اللهم إني أستغفرك من كل فريضة
أوجبتَها عليّ في الليل أو النهار
تركتُها خطأً أو عمداأو نسياناً أو جهلا
وأستغفرك من كل سنة من سنن
خاتم النبيين محمد صلى الله عليه وسلم
تركتُها غفلةً أو سهوا
أو نسياناً أو تهاوناً أو جهلا...أستغفر الله وأتوب إليه
مما يكرهه الله
قولاً أو فعلا
باطناً أو ظاهرا
أستغفر الله وأتوب إليه
Ya allah sesungguhnya aku memohon keampunan kepada Mu atas segala dosa
Kaki ku , ku berjalan kepadanya ( dosa )Tangan ku
Mata ku , ku melihat kepada yang tidak sepatutnya
Begitu juga telinga ku
Lidah ku , ku berkata-kata yang tidak baik…
Aku berpaling dengan apa yang engkau berikan kepada ku
Kau hapuskan segala kesalahan ku , Kau beri ku rezeki Mu
Lalu ku gunakannya ke jalan yg Engkau murkai
Kau buat tak tahu je
Aku meminta lebih lagi , tapi Kau tetap memberi
Dan Kau tetap bersama ku dengan terus memberi
Wahai tuhan yg maha mulia…
Ya Allah ya tuhan ku , ku memohon ampun atas segala keburukan ku
Ku lakukannya dalam terang siang dalam gelap malam
Dalam sesak atau senang
Dalam sembunyi atau nyata
Lansung tiada malu kepada Mu
Sedang Kau sentiasa melihat ku…
Ya Allah ya tuhan ku , aku memohon ampun atas setiap kefardhuan
Kau wajibkan keatas ku siang dan malam
Aku tinggalkan ia dengan sengaja atau tidak
Dalam lupa atau kerana kejahilan ku
Ku terus memohon ampun kepada Mu setiap tahun dari tahun-tahun yg mendatang
Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w
Ku tinggalkan ajarannya dalam lalai dalam leka
Dalam lupa dalam senang atau kerana jahil ku…
Ku memohon ampun dan bertaubat kepada Mu
Atas apa yg dibenci oleh Mu
Percakapan atau perbuatan
Batin atau zahir
Aku bertaubat dan memohon ampun kepadaNya..
Amien…
tanbih : aku terjemah doa ni khas buat cik dah yang di kasihi dan kepada sesiapa yg ingin memahami..moger samer2 kiter hayati ramadhan kali ini..i'allah..amien..
Tuesday, September 1, 2009
Tazkirah Ramadhan 2 : Rintihan Ramadhan
اللهم إني أستغفرك لكل ذنب
خطوت إليه برجلي
أو مددت إليه يدي
و تأملته ببصري
أو أصغيت إليه بأذني
أو نطق به لساني...
أو أتلفت فيه ما رزقتني
ثم استر زقتك على عصياني فرزقتني
ثم استعنت برزقك على عصيانك
فسترته علي
وسألتك الزيادة فلم تحرمني
ولا تزال عائدا علي بحلمك وإحسانك
يا أكرم الأكرمين...
اللهم إني أستغفرك من كل سيئة
ارتكبتُها في وضح النهار أو سواد الليل
في ملأٍ أو خلوة
في سرٍ أو علانية
فلم أستحيي منك
وأنت ناظر إلي...
اللهم إني أستغفرك من كل فريضة
أوجبتَها عليّ في الليل أو النهار
تركتُها خطأً أو عمدا
أو نسياناً أو جهلا
وأستغفرك من كل سنة من سنن
خاتم النبيين محمد صلى الله عليه وسلم
تركتُها غفلةً أو سهوا
أو نسياناً أو تهاوناً أو جهلا...
أستغفر الله وأتوب إليه
مما يكرهه الله
قولاً أو فعلا
باطناً أو ظاهرا
أستغفر الله وأتوب إليه
Saturday, August 29, 2009
Tazkirah Ramadhan 1
( Daripada Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya nabi telah berkata : Apabila datang ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga , dan ditutup pintu-pintu neraka , dan ikat (dipenjara) syaitan-syaitan. )
HR : Muslim
Ramadhan , bukanlah satu bulan untuk kita menahan diri dari belapar dan dahaga semata-mata. Akan tetapi terdapat banyak keistimewaan dan rahsia yang kekadang kita sendiri tidak tahu dan tidak ingin tahu. Dengan itu , kita lihatlah berapa ramai umat manusia yang tidak melaksanakan perintah AlLah subhanahu wa ta’la ini dengan sebaik-baiknya. Ada yang tidak mahu berpuasa kerana mengatakan , “ kalau aku puasa , tak makan , tak minum , matilah…”. “ kalau aku puasa , macam mana nak berkerja?...”. “ kalau aku berpuasa , itulah , inilah..”. Maka kita lihat , seribu macam alasan diberikan oleh mereka-mereka yang seolah-olah menyalahkan tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Cuba kita lihat dan perhatikan. Pernahkah kita mendengar orang mati kerana berpuasa? Pernakah dengar orang kebuluran akibat menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa? Pernakah melihat orang tidak boleh berjalan kerana berpuasa? Yang menjadikan mereka ini menjadi serba tidak boleh bukanlah kerana berat atau beban melaksanakan ibadah yang disyariatkan oleh empunya bumi ini. Akan tetapi , mereka sendiri yang memberat dan membebankan diri sendiri. Kerana tidak mahu mengambil tahu akan perihal agama dan syariat yang telah diturunkan oleh rabbul jalil melalui utusanNya , Muhammad Al-amin.
Maka dibulan yang mulia ini marilah sama-sama kita menghitung dan menimbang diri masing-masing. Kerna bulan ramadhan ini juga dikatakan bulan taubat dan keampunan sebagaimana telah disabdakan oleh kekasih kita diatas. Dibukakan semua pintu-pintu syurga dengan erti kata lain dibukakan seluas-luasnya pintu taubat dan keampunan. Justeru itu , belum terlambat untuk kita balik dan bertaubat kepadaNya selagi nyawa dikandung badan. Dan , selagi peluang masih terbentang luas. Sesungguhnya AlLah subhanahu wa ta’la maha pengampun lagi maha pengasih.
WalLahu a’lam.
