Monday, July 27, 2009

penutup BULAN PERSADA ILMIAH

Semalam, Lujnah Tarbiyah dan Akademi di bawah Persatuan Pelajar Malaysia Yaman ( PERMAYA ) telah mengada majlis penutupan bagi program Bulan Persada Islam ( BPI ) yang telah berlangsung selama sebulan yang bermula pada awal bulan Julai baru-baru ini. Majlis penutup tersebut telah bermula pada sebelah petang itu lagi dengan diadakan pertandingan nasyid bagi memeriahkan lagi suasana BPI tersebut.

Majlis penutup yang bermula tepat jam 7.20 malam itu turut dihadiri oleh ayahanda tercinta, Tuan Yang Terutama Tuan Haji Abdul Samad bin Othman selaku Duta besar Malaysia ke Yaman. Dan telah dihadiri dari kalangan ahli PERMAYA dan seluruh rakyat Malaysia serta para pensyarah yang berada di bumi Sana’a ini. Dan tidak lupa juga kepada beberapa saudara-saudara kita yang datang dari Hadromaut yang turut memeriahkan majlis penutupan pada malam tersebut. Majlis yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis seterusnya terus membuka majlis pada malam itu dengan bacaan Al-Fatihah. Kemudian majlis terus diteruskan dengan acara penyampaian pidato oleh juara bagi kategori pidato yang telah berlangsung semasa BPI dijalankan baru-baru ini. Sejurus selepas itu majlis diselangi dengan acara cabutan bertuah dan upacara perasmian penutup yang dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program BPI, Ustaz Aiman bin Shamsul. Beliau menyatakan sejuta penghargaan kepada seluruh ahli dan ahli jawatan kuasa program kerana telah bertungkus lumus menjayakan program BPI pada sesi kali ini dan mengharapkan kerjasama sebigini akan terus berterusan.

Seterusnya tibalah acara ucapan yang dinanti-nantikan iaitu ucapan persamian penutup oleh ayahanda tercinta , Tuan Yang Terutama Tuan Haji Abdul Samad bin Othman yang mana pada permulaannya beliau telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada PERMAYA amnya kerana telah berjaya mengadakan program ilmiah yang sebegini. Dan sememangnya program seharusnya dilakukan kerana ianya akan dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri setiap ahli. Tuan duta juga mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan selama BPI tersebut berlajan. Akhirnya tuan duta mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput beliau bagi merasmikan majlis penutupan BPI pada kali ini.

Akhirnya majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan serta hadiah keseluruhan bagi kumpulan yang telah dimenangi oleh kumpulan Khalid Al-Walid yang telah mendapat markah yang tertinggi sepanjang BPI berlangsung. Dan sebelum majlis ditutup dewan telah telah digamatkan dengan aksi persembahan dari kumpulan nasyid yang mendapat tempat pertama pada pertandingan yang telah dilangsungkan pada sebelah petangnya dengan diikuti tayangan video yang menayangkan perjalanan sebulan program BPI berlajan. Setelah itu majlis ditutup dengan tasbihki farah dan surah Al-Asr. Dan majlis bersurai sejurus selepas itu.

p/s : gmbar akan menyusul kemudian..hehe..

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu