Wednesday, June 10, 2009

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN AGONG YANG KE-13

Baru-baru ni Kedutaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA telah mengadakan sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Tuanku sultan adalah yang di-pertuan agong Malaysia yang ke-13 selepas menggantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.Program tersebut telah diadakan di kediaman rasmi duta besar Malaysia ke Yaman dan telah mendapat sambutan yang baik dari setiap rakyat Malaysia yang berada di bumi Yaman ini. Acara yang berjalan pada sebelah petang itu dimulakan dengan menyambut kedatangan dif-dif vip, pensyarah dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Setelah itu program diteruskan dengan sembahyang asar berjamaah. Tepat jam 4.45 petang majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis saudara Ustaz Fakhrurazi Bin Husin selaku Exco Penerangan & Perhubungan PERMAYA. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil daripada pimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA telah disampaikan oleh saudara Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Bin Zulkifli selaku Presiden PERMAYA bagi sesi 2009/2010. Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara yang telah berlaku di tanah air yang kita cintai yang mana beliau menyebut soal perpaduan, agama, masalah sosial dan sebagainya. Sejurus selepas itu, acara diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pensyarah disalah sebuah Universiti dinegara ini. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Encik Mohd Syakirin Bin Syaari selaku Dekan Fakulti di Universiti Sains & Teknologi. Beliau juga telah menyentuh beberapa perkara mengenai perihal sejarah silam kesultanan melayu disuatu ketika dahulu. Seterusnya, ucapan yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia yang hadir pada hari tersebut telah disampaikan oleh tuan duta besar Malaysia ke Yaman Encik Abdul Samad Bin Othman. Didalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang ada dibumi Yaman ini agar sama-sama kita mengingati tujuan dan matlamat kedatangan kita ke sini. Sambil itu beliau juga turut menekankan agar kita terus menjaga nama baik nama Negara kita, agama kita, dan juga nama kita sendiri serta menjaga ukhuwah yang telah sedia ada dikalangan rakyat Malaysia yang ada dibumi Yaman ini. Akhir sekali, acara diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mujiburrahman bin Ishak dan sedikit jamuan yang disediakan oleh tuan duta. Dan program tersebut telah berkahir kira-kira jam 6.30 petang.

p/s : gambar akan menyusul kemudian...

No comments: