Friday, December 12, 2008

RAYER KORBAN..

Tanggal 10 Zulhijjah baru-baru ini sekali lagi takbir membesarkan ilahi berkumandang di udara. Penulis seakan-akan tidak percaya kali ini genaplah kali ke-4 penulis beraya di perantauan. Terasa sangat sedih , gembira pun ada..hehe. Walaupun begitu , penulis tetap memanjatkan rasa syukur dah berterima kasih kepada tuhan yang memberikan nikmat yang tidak terbilang. Terutamanya nikmat iman & islam dan masih lagi dapat menikmatinya sampai ke hari ini. Semoga Engkau memberikan kekuatan kepadaku untuk terus berada didalam shirath Mu ya Rabbi. Program yang dianjurkan dibawah kelolaan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman ( PERMAYA ) bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia ke Yaman dan pensyarah Malaysia di Universiti Sains & Teknologi kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap rakyat Malaysia yang berada di bumi Yaman hinggalah ke penghujung program. Dan di penghujung program tersebut telah disediakan sedikit jamuan makan tengah hari kepada seluruh tetamu yang hadir. Program sambutan Aidil Adha kali ini juga berlangsung di kuartes pensyarah. Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya ditumbangkan pada tahun ini. Akhirnya , di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh yang mengenali diri ini khususnya kepada keluarga tercinta , umi&abah , sahabat-sahabat , dan tak lupa juga kepada orang yang tersayang yang masih lagi berada di Malaysia.hehe.. Seterusnya kepada seluruh umat islam , muslimin & muslimat yang meraikan hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh rasa pengorbanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya.



sedang khusyu' bertakbir menbesarkan tuhan...

selamat hari raya aidil adha dari staf2 kedutaan , permaya dn pensyarah malaysia disini..

kemungkinan ni yg p'tame kut..ader baki lg 4 kat belkng tu..hehe

proses melapah berjln...amcm? ader gayer x..??hihihi..

inilh rupe dj kite pd hr itu..smart x?tp xleh wtper pn..dh kwin dh..hehe

inilah gayer tukang masak kiter..b'bkt besar kn???..

daging2 yg dh hmpir siap tuk di bahagi2kn..

No comments: