Tuesday, September 23, 2008

Salam Ibtidaiyyah...


Asssalamualaikum w.b.t… alhamdulillah , bersyukur kepada tuhan pencipta alam kerana pada bulan yang penuh rahmah , barakah , serta maghfirah ini penulis masih lagi diberi peluang untuk merasai lagi due nikmat yang paling besar , yaitu iman dan juga islam. Dan tidak lupa juga kepada kekasih yang ku cintai Muhammad s.a.w. Selawat dan salam keatas beliau yang telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Di sini penulis berasa sungguh teruja dan melafazkan syukur kepada Rabbul Jalil kerana berkesempatan dapat membuat blog ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Akhi Ridhuan Karim kerana telah menolong penulis dalam pembentukan blog ini. Jasamu pasti ku kenang. hehehehe.. Namun ianya masih di dalam pembikinan. InsyaAllah kalau diberikan keizinan oleh-Nya , penulis akan memanfaatkan kurniaan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Segala sokongan , cadangan , dan dorongan dari sahabat2 amatlah penulis alu-alukan. Sekian dulu untuk kali ini.. wassalam.

No comments: