Siang tadi maser dalam kelas , time tu madah " Iman " . Tengah-tengah sheikh bagi muhadarah tiba-tiba sampaila sepucuk surat kepada sheikh. Tapi ingat , bukan surat " cinta " . hehe… Tapi adalah surat dari seorang pelajar arab. Aku pun tak tahu apa namer pak arab tu. Huhu… ingatkan dier hantar surat nak tanyer soalan kepada sheikh , rupe-rupenyer dier nak mengatakan bahawasenyer "hatif "@ " handset " tu bid’ah. Terkejut sheikh..!! bukan setakat sheikh jer , kami geng-geng pelajar Asia yang terdiri dari Malaysia dan Indonesia pun terkejut. Tak cukup dengan kami , pelajar-pelajar arab lain pun turut samer terkejut. Lantas sheikh pun memanggil saper tuan empunyer yang menghantar kertas tersebut. Tiba-tiba dengan muker yang selamber , pak arab sorang ni pun bangunla. Sheikh kater , " ko naik jap kat atas ni. ko ni kan , memang nak kener tul la "..ckp luar pulak sheikh ni.hehe.. tak derla.. itu aku yang translate kut melayu dan tambah sikit-sikit. Pak arab tu pun naikla. Sembang punyer sembang , last sekali sheikh tanyer " maner dalil yang ko kater handset ni bid’ah? ". dier pun tercengang. Kami geng-geng Malaysia dan Indonesia aper lagi. Bagai nak terkeluar urat perut suker..hehehe… dahla sebelum ni pun kami tengah suker-suker maser dier tengah sembang-sembang ngan sheikh kat atas tu. Last-last sheikh pun bagi jawapan yang tepat mengenai apakah itu " bid’ah ". Sheikh pun berkata , " di katakan bid’ah itu hanyalah pada perkara ibadah sahaja ". Sebagaimana juga kata Imam Al-Syatibi : " Bid’ah itu hanyalah pada perkara ibadah sahaja ". Yakni menambah ataupun mereka-reka sesuatu perkara di dalam perkara-perkara ibadah selain dari apa yang telah di tetapkan oleh agama dan juga syara’.
Wallahu a’lam..
No comments:
Post a Comment