Tuesday, September 30, 2008

Iedul Mubarak...

Selamat Hari Raya Iedul Fitri....
Maaf Zahir & Batin....
kepada semua yang mengenali diriku...
semoga kalian mendapat rahmat & lindungan dari
Rabbul Jalil...
كل عام وأنتم بخير..... احرص نفسكم.....

Friday, September 26, 2008

Ahlan biKum...

Tanggal 7 Ramadhan baru2 ini telah selamat sampai 13 kader2 islam yang baru dibumi Iman & Hikmah ini bersama rombongan yang di bawa oleh al-Fadhil Ustaz Hamzah Ngah selaku Naib Mudir Ma’had Darul Quran dan juga al-Fadhil Ayahanda Ustaz Asnawi Awang. Penulis sempat bersama-sama dengan mereka dalam masa yang tidaklah terlalu lama bagi penulis sebenarnye… hehe. Ape2 pun penulis sempat merakamkan detik-detik bersama ketika mana membawa al-Fadhil ustaz beserta rombongan pelajar yang baru tiba menziarahi beberapa tempat yang menarik di bumi Iman & Hikmah ini. Di sini penulis tidaklah ingin berceloteh panjang , just untuk memuatkan beberapa keping gambar yang di post baik punyerhuhuhuhu
penulis bergambar bersama al-Fadhil Ustaz dan pelajar lama


seluas mata memandang.. beginilah pandangan dari sudut daratan kawasan tersebut...hehehe..

Ardhu Jannatain : Satu tempat yang berada di bumi Iman & Hikmah. Terletak kire2 1jam perjalanan daipada bandar Sana’a. tempat ini adalah antara tempat-tempat yang bersejarah di bumi ini. Yang mana pada asalnya ialah sebuah kebun buah-buahan yang subur , kemudian ditimpa bencana lalu bertukar menjadi batu2 hitam. Kisahnya ada di sebutkan dalam Al-Quran.



penulis bersama al-Fadhil ustaz..dlm p'jlnn ke kaukaban...

ambik post ramai2 lu sakli...hehehe...dlm p'jlnn ke kaukaban...


dalam kota kaukaban...sungguh menakjubkan ciptaan illahi..

dalam kota kaukaban...ader gayer abong yaman x?...hehehe...

Kaukaban : Ialah sebuah kota lama yang berada di bumi Iman & Hikmah. Sejarahnya penulis tidak dapat menceritakan dengan lebih jelas kerana penulis sendiri tidak berapa tahu mengenai sejarahnya. Hehehehehe……


ramai2 dalam rumah batu....



penulis bersama al-Fadhil ustaz dalam rumah batu...

Darul Hajar ( Rumah Batu ) : Di percayai rumah seorang syeikh yang memimpin kerajaan Yaman di masa dahulu.


di hadapan pintu bab al -yaman...al-Fadhil ustaz bersama pljr lamer dan yg bru tibe...


penulis bersama al-Fadhli ustaz di atas pintu bab al-Yaman...

Bab Al-Yaman ( Pintu Yaman ) : Satu lagi tempat sejarah yang menjadi tumpuan setiap pelancong yang berkunjung ke bumi ini. Tempat di mana di katakan telah dibina oleh Abrahah beserta tenteranya. Dan dikatakan juga di dalamnya terdapat Ka’bah yang dibina olehnya untuk menandingi Ka’bah yang dibina oleh nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dikota Mekah ketika itu.
Oklah.. rasanya dah banyak gambar yang telah penulis postkan kat sini.. moga sahabat2 semua terhibur...hehehe... wassalam.

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan Karim..

Rasanye belum terlambat untuk penulis mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam amnya dan kepada seluruh sahabat dan kenalan yang penulis kenali khususnya. Semoga kalian tabah menempuhi bulan yang penuh dengan seribu macam gaya dan penerimaan dalam menjalani ibadah puase yang disyariatkan oleh Rabbul Jalil kepada kita semua. Berbeza sekali dengan suasana ketika penulis berada di tanah air. Cara dan gaya umat islam di tanah air menyambut bulan yang mulia ini berlainan dengan cara dan gaya masyarakat tanah arab di sini. Di sini , satu fenomena alam berlaku tatkala datangnya bulan yang mulia ini. Hehehe… siangnya menjadi malam (sunyi sepi) dan malamnya menjadi siang (riuh-rendah). Mungkin anda semua pun pening… tapi itu lah hakikat yang sebenarnya. Ape2 pun penulis mengharapkan kepada anda…don’t try this at home. Kalau tak , kene tahan telinga la jawabnye. in the sana’a , laa ba’sHehehe…. Ok lah , sampai di sini dulu…jupe lagi next time.. cerie2 selalu… jgn ponteng puase...wassalam.

Tuesday, September 23, 2008

Salam Ibtidaiyyah...


Asssalamualaikum w.b.t… alhamdulillah , bersyukur kepada tuhan pencipta alam kerana pada bulan yang penuh rahmah , barakah , serta maghfirah ini penulis masih lagi diberi peluang untuk merasai lagi due nikmat yang paling besar , yaitu iman dan juga islam. Dan tidak lupa juga kepada kekasih yang ku cintai Muhammad s.a.w. Selawat dan salam keatas beliau yang telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Di sini penulis berasa sungguh teruja dan melafazkan syukur kepada Rabbul Jalil kerana berkesempatan dapat membuat blog ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Akhi Ridhuan Karim kerana telah menolong penulis dalam pembentukan blog ini. Jasamu pasti ku kenang. hehehehe.. Namun ianya masih di dalam pembikinan. InsyaAllah kalau diberikan keizinan oleh-Nya , penulis akan memanfaatkan kurniaan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Segala sokongan , cadangan , dan dorongan dari sahabat2 amatlah penulis alu-alukan. Sekian dulu untuk kali ini.. wassalam.