Wednesday, July 27, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Kareem



Setelah 11 bulan kita mengharungi bulan-bulan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Kini kita didatangi semula 1 bulan yang padanya terdapat seribu satu macam ganjaran dan limpahan kurnia dari Allah s.w.t untuk hamba-hambanya mengubati segala macam luka ketika mengharungi 11 bulan tersebut. Mungkin kelukaan tersebut hanyalah boleh diubati dengan hanya melalui hubungan hamba dengan Tuannya. Maka, teramat sesuai dan cantik bagi mereka yang ingin berbuat demikian di bulan yang mulia ini. Bulan yang mana dikatakan Bulan Tarbiyah ini bukan sahaja menjadi tempat untuk kita mengubati luka luaran semata akan tetapi, ianya juga amat memberi kesan untuk mengubati luka dalaman juga. Bulan yang diantaranya dapat melembutkan hati-hati manusia. Menjinakkan akal dan fikiran. Menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mengusai diri. Tidak dapat dinafikan lagi bagi sesiapa yang berpuasa, kesannya amatlah mendalam dan meberi impak yang baik kepada kesihatan manusia sama ada luaran mahupon dalaman. Ianya telah terbukti di dalam kajian saintifik yang banyak. Antaranya, kajian yang telah dibuat oleh seorang saintis arab yang terkenal yaitu Syeikh Dr. Abdul Majid Az-Zindani dalam buku karangannya 'Keajaiban Puasa' yang dikaji dari segi mukjizat dan pembuktian saintifik. Dalam buku tersebut antaranya, menyebut bagi tiap-tiap orang yang berpuasa maka tahap kesihatan tubuhnya akan bertambah baik.

Bagi mereka yang ada penyakit kencing manis, maka penyakitnya itu akan berkurangan disebabkan berpuasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah pemakanan yang tidak sihat sehingga mengakibatkan kegemukan dan sebagianya. Maka dengan berpuasa akan dapat mengurangkan berat badan dan membakar lemak berlebihan yang menyebabkan masalah berat badan dan sebagainya.

Itu hanyalah sebahagian sahaja yang dinyatakan di sini. Adapun dari segi sifat semulajadi dalam diri manusia yang akan dapat kita rasai dan perhatikan ialah apabila seseorang itu berpuasa, maka akan bertambahlah sifat pemurahnya, sayangnya, kasihan belasnya, dan sebagainya. Mengapa???..
Jika kita lihat dan sedari. Berapa banyak duit kita berbelanja sehari-hari dalam bulan Ramadhan?.

Tidakkah kita menjadi pemurah dengan kita membeli bermacam juadah untuk berbuka tanpa memikirkan soal bayaran?.

Tidakkah kita mendengar ramai yang menderma dan bersedekah tanpa mengira waktu dan tempat sehingga mencecah ratusan ringgit dan kadangkala kedengaran sehingga mencecah ribuan ringgit di bulan Ramadhan dek kerana kasihan belas akibat kita merasa sendiri keperitan yang kita alami selama berpuasa?.

Sedangkan di bulan lainnya seakan-akan telinga ini pekak dan tidak dapat mendengar perkara-perkara sebegini.

Maka, dengan kebenaran dari mukjizat ditambah pula bukti dari kajian saintifik yang banyak. Marilah kita menadah tangan dan berlutut hina di hadapan Sang Pencipta tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi sambil mengucap tasbih dan tahmid di atas kehadiran bulan yang penuh rahmat dan berkat ini. Ahlan Ya Ramadhan..!!