Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Bab Apa Yang Dikata Setelah Bangun Dari Tidur



عن حذيفة رضي الله تعالى عنه قال : كا ن رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استيقظ قال : الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور.

Daripada Huzaifah r.a telah berkata : Adalah Rasulullah s.a.w apabila dia bangun ( yakni dari tidur ) beliau berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya tempat segala kehidupan/kembali.

Keterangan Huzaifah :

Beliau ialah salah seorang dari kalangan sahabat Nabi s.a.w yang diberi syahid oleh Allah s.w.t di dalam perang Uhud. Dan ketika hidupnya, beliau telah meriwayatkan hadith dari Nabi s.a.w sebanyak 225 hadith. Beliau juga merupakan mufassir dikalangan para sahabat. Dan di penghujung hayat beliau. Tatkala maut menghampiri beliau. Lalu dia berkata : ( Inilah saat2 akhir aku di dunia, wahai tuhanku sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku mencintai Mu, maka berkatilah aku untuk bertemu dengan Mu).

Keterangan hadith :

Hadith sohih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ini menunjukkan keindahan ajaran Islam itu sendiri kepada seluruh umat manusia yang menginginkan kehidupan yang penuh dengan keharmonian dan kebahgiaan dunia mahupun akhirat. Hidup yang seawal bangkit dari alam yang dikatakan sebahagian atau separuh dari mati itu, terus mengingati sang pencipta yang telah menghidup dan memberikan nafas untuk kita bernyawa kembali. Satu ungkapan doa yang diajarkan oleh junjungan besar, manusia teragung, Muhammad s.a.w kepada seluruh umatnya agar sentiasa mengingati tuhan agar kehidupan ini sentiasa dipenuhi dengan cahaya-cahaya yang menyuluh kepada kebahgiaan dunia dan akhirat. Moga-moga kita sentiasa di bawah lindungan naungannya. Amin.

Wallahu a’lam. Siiruu a’la Barakatillah…

Thursday, April 29, 2010

Bab Bagi Menjaga Lidah Dan Sentiasa Mengingati Allah S.W.T

عن معاذ بن جبل رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليس يتحسر أهل الجنة على شيء إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله عز وجل فيها.

Daripada Muadz Bin Jabal r.a telah berkata : Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidak akan sesekali ahli syurga akan mengeluh atau berasa gelisah terhadap apa sekalipun akan tetapi, mereka akan berasa gelisah jika sekiranya mereka tidak mengingati Allah s.w.t walaupun sesaat.

Keterangan Muazd Bin Jabal :

Muadz bin Jabal adalah salah seorang daripada ulama’ di kalangan sahabat Nabi s.a.w yang terkenal dengan zuhud dan bijaksana. Dan juga salah seorang ahli fatwa. Yang mana telah diiktiraf oleh Baginda s.a.w ( dalam hadith yang masyhur) sendiri ketika mana baginda Nabi s.a.w ingin menghantarnya ke negeri Yaman untuk mengajar ahli Yaman tentang Islam.

Keterangan Hadith :

Hadith ini ialah hadith sohih yang telah diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Al-Baihaqi dan telah disohihkan oleh Imam Albani. Pengajaran yang dapat kita ambil dari dalam hadith tersebut ialah, Nabi s.a.w telah menceritakan perihal umatnya yang akan menghuni syurga Allah s.w.t kelak yang telah thabit tentang kewujudannya di dalam Al-quran mahupun Hadith. Yang mana hadith ini menunjukkan bahawa pentingnya bagi seorang muslim itu untuk menjaga tutur katanya agar tidak membuatkannya lalai dan alpa kepada tuhannya. Agar tidak sentiasa memperkatakan tentang sesuatu yang sia-sia dan membawa kepada kerosakan diri dan hati. Kerana diriwayatkan dari sebuah hadith yang sohih di dalam kitab hadith Sohih Muslim karangan Imam Nawawi rahimahullah, Nabi menyuruh umatnya sentiasa menjaga saudaranya yang lain dari kejahatan lidah dan juga tangan. Maka kita pada hari ini, marilah sama-sama bermuhasabah dan melihat. Sejauh manakah diri kita selaku manusia yang bergelar muslim. Adakah kita benar-benar menjaga dan mengamali apa yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w semenjak hampir 1400 tahun yang lalu. Moga-moga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang telah dinyatakan oleh Nabi s.a.w dan di tempatkan di syurga-Nya yang kekal abadi. Amin.

Wallahu a’lam. Siiru a’la barakatillah..