Wednesday, February 25, 2009

selamatkan UMMAH...!!!

Hari ni , time balik dari kelas ader orang duk “ tauzi’ ” kertas fatwa Majlis Ulama’-ulama’ Yaman yang terkini dalam bas. Saya pun tengokla aper bender fatwa yang di keluarkan pada kali ini oleh ulama’-ulama’ tersebut. Rupe-rupenyer adalah mengenai isu semasa yang hangat di perkatakan oleh dunia masa kini. Dan saya anggarkan kamu semua pun boleh meneka apakah perkara itu. Itulah fatwa yang menyuruh umat Islam terutama yang berada di bumi Yaman ini sendiri dan juga kepada umat Isalm di seluruh dunia agar memBOIKOT barangan-barangan yang di keluarkan oleh Amerika dan Israil beserta sekutu-sekutu mereka. Hanya ini sajelah sekecil-kecil perkara yang boleh kita sama-sama lakukan untuk membantu sahabat dan sahabiah kita yang sedang berjuang untuk menegakkan Islam dan menyelamatkan tanah air mereka. Bagi kita pula , sudah menjadi satu tanggungjawab yang mesti kita lakukan dan tunaikan kerana ianya bertepatan dengan aper yang di sabdakan oleh Kekasih kita Muhammad s.a.w yang berbunyi :

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه أو قال لجاره ما يحب لنفسه
Bermaksud : “ Tidak ( sempurna ) beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya yang lain atau jirannya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

( HR : Muslim )



Saya kira kita masih lagi sempat untuk menjadi atau tergolong di dalam kalangan orang-orang yang di nyatakan di atas. Dan pada mana-mana sahabat / sahabiah yang membaca artikel ini. Saya mendoakan agar kita sama-sama termasuk di dalam golongan yang mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Rabbul Jalil kelak. Dan saya mengharapkan agar sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang masih ader di depan kita. Moge-moger kita berjaya di dunia dan juga di akhirat di atas sekecil-kecil pertolongan yang kita hulurkan untuk sahabat dan sahabiah kita di sana atas dasar kasih sayang sesama umat , manusia , iman dan yang paling penting kerana Allah s.w.t.

Wallahu a’lam..

No comments: