Tengah hari ini aku mendapat berita dari seorang sahabat aku secara bertulis menggunakan sistem pesanan internet ( yahoo messenger ) yang mengatakan adik Izzati Batrisya binti Mohd telah kembali kerahmatullah. Sedikit terkejut dan tersentak dek mendapat berita tersebut aku terus menyedekahkan bacaan Al-Fatihah di atas pemergian salah seorang daripada anak Pakcik Mohd yang juga merupakan pemilik sebuah
restoran pelancongan Malaysia di Yaman itu. Selang beberapa detik handset aku berbunyi. Dalam hati aku dah boleh mengagak semestinya mesej itu tentang pengumuman kematian adik Batrisya. Sememangnya tekaan ku itu menepati citarasa dan sas
arannya. Mesej itu memang berkenaan berita sedih itu beserta solat jenazah ghaib pada malamnya selepas isya'. Terfikir sejenak ku apabila mengenang kembali wajah adik Batrisya yang dahulunya sempat ku menggelarnya dengan gelaran ' bulat ' dengan sebab bentuk tubuhnya yang agak montel dan wajahnya yang comel. Namun , ajal tidaklah mengira bentuk tubuh mahupon wajah , tua mahupon muda , kaya mahupon miskin. Apabila Dia menghendakinya maka tiada siapa yang dapat menghalang mahupon menahannya. Firman Allah s.w.t yang :
{وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ}
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu , maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
( Al-A'raf : 34 )
Maka dengan itu marilah sama-sama kita sedahkan Al-Fatihah buat adik Izzati Batrisya binti Mohd di atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
Amiennn..
No comments:
Post a Comment