Thursday, June 4, 2009

Kerjasama Pembangunan Pendidikan Antara Kerajaan Malaysia Dan Repulik Yaman.

Sana’a, 1 Jun 2009 - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia - Dato’ Seri Mohamed Khalid Bin Nordin ke sini untuk memeterai perjanjian usahasama di antara kerajaan Malaysia dan Republik Yaman. Dato’ Seri telah meluangkan masa yang terhad untuk menghadiri satu upacara perasmian sebuah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia yang pertama iaitu International University Technology Twintech (IUTT) di Republik Yaman.

Upacara majlis bermula dengan kedatangan Deligasi Kementerian Pengajian Tinggi ke tapak perasmian IUTT. Majlis seterusnya disusuli dengan beberapa siri ucapan dari dif-dif kehormat diantaranya Naib Dekan IUTT - Dr Noridah Ibrahim diikuti pula ucapan alu-aluan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dan Pengajian Sains Republik Yaman - Dr. Salih Ali Basura.

Majlis seterusnya disajikan dengan makanan tradisi masyarakat Yaman untuk para tetamu. Setelah itu tibalah upacara kemuncak pada hari tersebut iaitu acara merasmikan IUTT. Seterusnya, diikuti dengan lawatan menteri dan dif-dif kehormat bagi meninjau kelengkapan fasiliti yang disediakan oleh pihak IUTT di kampus universiti tersebut. Seterusnya adalah sesi temu bual serta dokumentasi oleh pihak media Malaysia (TV3) serta media akhbar tempatan Yaman.

Dikesempatan itu juga satu sesi dialog anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA) telah diadakan diantara Menteri Pendidikan Dato’ Seri mohamed Khalid Bin Nordin dengan perbagai lapisan masyarakat Malaysia di Yaman. Antara tujuan sesi dialog ini diadakan adalah untuk berkongsi pendapat khususnya mengenai prestasi atau permasalahan pembelajaran pelajar Malaysia di Yaman. Antara yang paling menarik dalam sesi temu bual tersebut adalah kenyataan Menteri Pendidikan atas persetujuan beliau untuk memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program yang dicadangkan oleh PERMAYA khususnya bantuan dari segi sokongan moral mahupun kewangan. Lanjutan daripada kenyataan tersebut maka terjawablah persoalan yang diajukan oleh presiden PERMAYA seperti yang terkandung dalam ucapan dasar beliau mengenai kesulitan yang PERMAYA hadapi serta gambaran sokongan pergerakan aktiviti PERMAYA yang selama ini hanya mendapat kerjasama penuh daripada kedutaan besar Malaysia ke Yaman dan Konsulat Pendidikan Malaysia di Jeddah Ustaz Hj Mohd Rodi Bin Hamzah. Oleh yang demikian mereka mengharapkan lebih banyak kerjasama boleh diperolehi terutama dari pihak kementerian pendidikan secara langsung selepas lawatan yang julung kali diadakan ini.

Seperkara yang menarik sewaktu perasmian majlis tersebut bukanlah sahaja berjaya untuk mengumpulkan sejumlah masyarakat Malaysia yang bermastautin di bumi Yaman malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat dengan segelintir masyarakat Malaysia yang berada di bumi yaman. Majlis ini juga telah membuktikan keprihatinan Malaysia terhadap pembangunan pendidikan peringkat tinggi di Yaman khususnyan dalam pendidikan berteraskan agama. Penyertaan perbagai lapisan masyarakat Malaysia yang terdiri dari golongan pelajar , pensyarah serta individu yang bekerja di Yaman boleh dilihat dalam majlis tersebut. Upacara perasmian majlis tersebut diakhiri dengan keberangkatan Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin serta deligasi beliau ke hotel penginapan sementara di Hadda Hotel.












Di copy dari laman web PERMAYA

No comments: