Tanggal 7 Ramadhan baru2 ini telah selamat sampai 13 kader2 islam yang baru dibumi Iman & Hikmah ini bersama rombongan yang di bawa oleh al-Fadhil Ustaz Hamzah Ngah selaku Naib Mudir Ma’had Darul Quran dan juga al-Fadhil Ayahanda Ustaz Asnawi Awang. Penulis sempat bersama-sama dengan mereka dalam masa yang tidaklah terlalu lama bagi penulis sebenarnye… hehe. Ape2 pun penulis sempat merakamkan detik-detik bersama ketika mana membawa al-Fadhil ustaz beserta rombongan pelajar yang baru tiba menziarahi beberapa tempat yang menarik di bumi Iman & Hikmah ini. Di sini penulis tidaklah ingin berceloteh panjang , just untuk memuatkan beberapa keping gambar yang di post baik punyer…huhuhuhu…
penulis bergambar bersama al-Fadhil Ustaz dan pelajar lama
seluas mata memandang.. beginilah pandangan dari sudut daratan kawasan tersebut...hehehe..
Ardhu Jannatain : Satu tempat yang berada di bumi Iman & Hikmah. Terletak kire2 1jam perjalanan daipada bandar Sana’a. tempat ini adalah antara tempat-tempat yang bersejarah di bumi ini. Yang mana pada asalnya ialah sebuah kebun buah-buahan yang subur , kemudian ditimpa bencana lalu bertukar menjadi batu2 hitam. Kisahnya ada di sebutkan dalam Al-Quran.
penulis bersama al-Fadhil ustaz..dlm p'jlnn ke kaukaban...
ambik post ramai2 lu sakli...hehehe...dlm p'jlnn ke kaukaban...
dalam kota kaukaban...sungguh menakjubkan ciptaan illahi..
dalam kota kaukaban...ader gayer abong yaman x?...hehehe...
Kaukaban : Ialah sebuah kota lama yang berada di bumi Iman & Hikmah. Sejarahnya penulis tidak dapat menceritakan dengan lebih jelas kerana penulis sendiri tidak berapa tahu mengenai sejarahnya. Hehehehehe……
ramai2 dalam rumah batu....
penulis bersama al-Fadhil ustaz dalam rumah batu... Darul Hajar ( Rumah Batu ) : Di percayai rumah seorang syeikh yang memimpin kerajaan Yaman di masa dahulu.
di hadapan pintu bab al -yaman...al-Fadhil ustaz bersama pljr lamer dan yg bru tibe...penulis bersama al-Fadhli ustaz di atas pintu bab al-Yaman... Bab Al-Yaman ( Pintu Yaman ) : Satu lagi tempat sejarah yang menjadi tumpuan setiap pelancong yang berkunjung ke bumi ini. Tempat di mana di katakan telah dibina oleh Abrahah beserta tenteranya. Dan dikatakan juga di dalamnya terdapat Ka’bah yang dibina olehnya untuk menandingi Ka’bah yang dibina oleh nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dikota Mekah ketika itu.
Oklah.. rasanya dah banyak gambar yang telah penulis postkan kat sini.. moga sahabat2 semua terhibur...hehehe... wassalam.
No comments:
Post a Comment