Monday, December 22, 2008

Minggu Program..huhu..

Baru-baru ni Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah menganjurkan dua program serentak pada minggu lepas. Fuh..!! memang penatla juga.hehe.. Program pertama ialah Kejohanan Bola Sepak Piala Duta yang dibuat pada hari rabu kemudian ke esokan harinya pula diadakan Forum Perdana Mahsiswa Islam. Kedua-dua program tersebut sempat penulis ikuti semuanya. Tapi agak keletihan sikitla.hihi.. Apa-apa pun kire ok la. Mengenai pertandingan bola , penulis agak kecewa juga la. Sebab tak dapat masuk separuh akhir.hehe.. tapi walau bagaimana pun agak berbaloi kerana dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar baru dan juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Dan pada esoknya pula program forum. Niat dihati malas nak masuk sebab penat semalam main bola pun tak hilang lagi.hehe.. Tapi oleh kerana kita selaku ahli tak dapat tidak kenalah bagikan komitmen yang jitu , ke waner??? hehe.. So , begitu je lah ceritanya.hehe.. Di bawah ni ada la sekeping dua gambar yang dan lensa kamera sampai ke muka ini.hihi..


Wallahua’lam

( sekitar perlawanan bola )

persiapan terakhir sebelum perlawanan..

inilah juara bola sepak piala duta pada tahun ini..pasukan Mukalla..tgk sikit saper penjage gol awok yer..hehe

sebelum perlawanan..bergmbr dgn manager..yg pkai suwiter hijau ngn baju merah berdiri kt belkng tu..

warming up lu..ker waner??? huhu...

( sekitar program forum )

staf2 kedutaan yg turut hadir..tuan yg terutame t.hj a.samad dn juger cik hamdan..due2 pkai kasut hitam yg berkilat tu..klu nk knl la..tkt nnti tertukr plk..hihi

gerai jualan yg menjual mknn2 ringn..tgk tu , kn mntp2 tukng jual tu..hehe

sebahagian para hadirin yg sedng khusyu' mndengar kupasan dari ahli panel yg berwibawa..

ahli panel bergambar bersama duta besar dn cik hamdan..

haa..!! ni pula mser last dh..nk blik dh pn..amcm , comel x adik tu?? bapa yer duk ujung sekli..yg b'diri pkai jubh ngn kot tu..

Saturday, December 20, 2008

ZIARAH...

Zirajah ( satu perkampungan arab di yaman ) terletak diantara Bandar Sana’a dan Zamar ( diantara tempat yang menarik di yaman ) mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit perjalanan sejauh 80-90 km adalah satu pedalaman masyarakat Arab yang jarang sekali dilihat dibandar-bandar besar diserata Yaman ini. Ianya satu kawasan yang serba kekurangan dari segi kemajuan ekonomi , infrasuktur , komunikasi dan sebagainya. Walaupun begitu ianya adalah satu kawasan yang subur dengan tanaman gandum disepanjang perjalanan ke sana. Disamping itu juga disana terdapat sebuah sekolah yang mengajar cara-cara penghafalan Al-quran yang baik dan juga keadaan sekeliling yang amat sesuai untuk menenangkan jiwa yang ingin mendekatkan diri dengan kalamullah. Kalau tak silap nama sekolah tersebut ialah Ma’had Darul Quranul Karim Wa Ulumihi. Dan pada baru-baru ini penulis sempat berkunjung ma’had tersebut disamping melawat persekitaran perkampungan arab disitu.

Wallahualam..


beginilah pemandangan disepanjang perjalanan..bukan padi tu..gandum..hihi

inilah kawasan perumahan di perkampungan tersebut..berdekatan dengan bukit-bukau..subhanallah..!!

himar ( keldai ) binatang yang kisahnya banyak diceritakan didalam al-quran..

bergambar bersama ustaz (namenye xigt da..)hehe..dibelakang tu pula dewan besar ma'had..

otai lama bergambar dihadapan pintu masuk...ader gayer x?hehe..

dan juga bergambar di hadapan pintu masuk..hihi

ramai2...sebelum berangkat pulang..ambik gambar lu sekeping due...huhu..


Tuesday, December 16, 2008

SanTai muSim seJuk..hehe..

" gat , jom gi makan aiskrim..?? kata aku kepada megat.." sahabat serumah aku.. pastu ader pulak yang menyampuk... " jom gi..!! kata akim dan daus serentak.." Kami pun apa lagi , tanpa berfikir panjang terus memberhentikan bas yang sedang dinaiki oleh kami. Sebenarnya takde perancangan pun untuk kami pergi makan aiskrim hari ni. Tapi oleh kerana dah lalu depan snow cream (nama satu gedung aiskrim di yaman) apa lagi?? Ibarat kata pepatah " alang-alang menyeluk pekasam , biarlah sampai ke pangkal lengan.." hehe.. betul ke tak pepatah ni tak tahu la.. Sebenarnya kami berempat (aku , megat , daus dan akim) baru balik dari pejabat kedutaan malaysia dan kebetulan ala balik kami lalu depan kedai aiskrim tersebut. Apa lagi ,.. tanpa ragu-ragu terus pergi..walaupun masing-masing sebenarnya tengah kekeringan wang..hehe. Begitulah ceritanya hari ini. Santai sambil makan aiskrim. Best gak..hehe. Kat bawah ni ada la sedikit di paparkan aksi-aksi manusia yang dah lama tak jumper aiskrim..hehe..
awwalan , ismuhu akim.. napok mcm sedp jer tu..hihi

haza daus.. panggiln mlmnye puler ialah mamad..hehe..jgn marah na daus..hihi

haa... amacam? terliur x? kat mesia pun bnyk aiskrim ni..huhu..tu tgn sapa duk serabut tu..hehe

wa haza ana...hehe..emm?? blh thnla aiskrim ni..

wa akhiruhu ismuhu megat..duk pk apa time2 mkn aiskrim tu?ke duk pk nk tmbh lg..hehe

Friday, December 12, 2008

RAYER KORBAN..

Tanggal 10 Zulhijjah baru-baru ini sekali lagi takbir membesarkan ilahi berkumandang di udara. Penulis seakan-akan tidak percaya kali ini genaplah kali ke-4 penulis beraya di perantauan. Terasa sangat sedih , gembira pun ada..hehe. Walaupun begitu , penulis tetap memanjatkan rasa syukur dah berterima kasih kepada tuhan yang memberikan nikmat yang tidak terbilang. Terutamanya nikmat iman & islam dan masih lagi dapat menikmatinya sampai ke hari ini. Semoga Engkau memberikan kekuatan kepadaku untuk terus berada didalam shirath Mu ya Rabbi. Program yang dianjurkan dibawah kelolaan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman ( PERMAYA ) bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia ke Yaman dan pensyarah Malaysia di Universiti Sains & Teknologi kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap rakyat Malaysia yang berada di bumi Yaman hinggalah ke penghujung program. Dan di penghujung program tersebut telah disediakan sedikit jamuan makan tengah hari kepada seluruh tetamu yang hadir. Program sambutan Aidil Adha kali ini juga berlangsung di kuartes pensyarah. Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya ditumbangkan pada tahun ini. Akhirnya , di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh yang mengenali diri ini khususnya kepada keluarga tercinta , umi&abah , sahabat-sahabat , dan tak lupa juga kepada orang yang tersayang yang masih lagi berada di Malaysia.hehe.. Seterusnya kepada seluruh umat islam , muslimin & muslimat yang meraikan hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh rasa pengorbanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya.



sedang khusyu' bertakbir menbesarkan tuhan...

selamat hari raya aidil adha dari staf2 kedutaan , permaya dn pensyarah malaysia disini..

kemungkinan ni yg p'tame kut..ader baki lg 4 kat belkng tu..hehe

proses melapah berjln...amcm? ader gayer x..??hihihi..

inilh rupe dj kite pd hr itu..smart x?tp xleh wtper pn..dh kwin dh..hehe

inilah gayer tukang masak kiter..b'bkt besar kn???..

daging2 yg dh hmpir siap tuk di bahagi2kn..

Friday, November 28, 2008

seTaHun di peRanTauaN


Sedar tak sedar dah hampir setahun rasenyer aku berada di perantauan. Macam-macam yang dah aku lalui dan harungi disini. Suka-duka , pahit-manis , susah-payah berurusan dengan Bangsa Arab dan sebagainya..hehe.. Aper pun semuernyer adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Dari saat aku tiba di bumi IMAN & HIKMAH ini sampailah saat ini. Kalau di fikirkan balik raser macam tak percaya pulak..hehe. Dari mula-mula sampai maser tu masih lagi dalam bulan poser. Rase macam bukan dalam bulan poser lak maser tu sebab maser tu musim sejuk. Siangnyer jadi pendek dan malamnyer jadi panjang. Lapar dan dahaga pun tak terasa. Itulah pengalaman kali pertama berpuasa di perantauan. Time2 berbuker tu ader jugak teringat kat kuih-muih dan masakan mak..hehe. Tapi tu dulu la. Sekarang dah beser dah. Dan first time aku sampai kat sini dah kene demam seminggu. Dan jugakla masuk pita sehari..hehe. Dan lepas tu rayer n then lepas tu masih duk lepak2 lagi sebab jamiah tak buker lagi. Dalam 4bulan jugakla duk lepak2..hehe. Orang lain semua dah masuk kuliah. Tapi aku masih meraba2 mencari mutiara di bumi IMAN & HIKMAH ni. Muler start belaja jer aku dah tak care ker orang dah. Sebab jamiah aku ni lain sikit dari yang lain..hehe. kalau nak tau mari tengok sendirila. Selamer setahun ni aku belaja banyak jugakla yang aku dapat pelajari. Walaupun kadang tu ade jugak teraser penat dan letih. Tapi bagi aku semua itu berbaloi. Bukan senang nak belaja , tul ak? Kalau nak senang wat sekoloh diri la..hehe. Akhirnya , aku berjaye jugak naik ker tahun 1. Dan insyaALLAH s.w.t awal muharram ini aku akan start masuk kuliah. Dan aku amat berterime kasih kat Abah & Umi. InsyaALLAh s.w.t anakmu ini akan buat yang terbaik tuk semua. Dan tak luper jugak kat kekawan yang mengingati diri ini. Yang sentiase bagi sokongan dan dorongan yang tak putus2..Semoga korang semua sukses selalu. Oklah , rasenyer dah banyak aku sembang ni.. Sajer jer ni nak citer serba sedikit keadaan aku kat sini tuk korang semua & kuarge tercinte..hehe. k lah , aku pohon maaf kalau terkasar bahase. Kali ini aku bahase diri aku sebagai “aku”..so , mungkin nampak kurang sikit.. sajer la sebab nak citer pasal aku kan…??!! Hehe.. sekian wassalam..

p/s : kat bwh ni ader gambar aku maser muler2 sampai dulu..


muler2 sampai dah gi jln dah..hehehe..

al-Fadhil ayahanda mudir u.Yasin n u.Azri yg mengiringi kami sampai ker yaman...

maser duk kat umah atah.. aku,aman,pokloh n peli...smart2 laker dop???hehe..

rehlah ker hudaidah..yg xknl tempt ni buat2 knl jer la..hihihi..

Sunday, October 12, 2008

3 lanDasaN uTAma..

Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada penciptaan manusia ini terdapat berbagai-bagai hikmah dan keajaiban. Sama ada perkara itu kita mengetahuinya atau pun tidak. Sama-samalah kita merungkai dan mendalaminya. Di sini dapat penulis simpul kan tiga panduan yang perlu kepada kita semua sebagai landasan kepada kita untuk berjalan di atasa muka bumi yang sememangnya penuh dengan onak dan duri. Moga-moga apa yang penulis lemparkan ini memberi manfaat kepada kita bersama…… insya allah.

1 – MENGENAL ALLAH S.W.T

Hendaklah kita ketahui bahawa mengenal Allah s.w.t adalah satu kewajipan kepada kita selaku manusia yang bergelar hamba kepada-Nya. Baik dari segi uluhiyyah , rububiyyah , mahupun dari segi nama-nama dan juga sifat-sifat-Nya. Dan di sini juga penulis dapat simpul tiga perkara untuk kita lebih mengenali serta menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

- Kenapa kita diciptakan?
Tidak lain dan tidak bukan untuk kita menyembah dan menghambakan diri hanya kepada-Nya dan jangan kita menyekutukan-Nya. Dengan ini kita akan lebih mengenal Allah apabila kita sering melakukan perkara-perkara yang diperintahkan-Nya dan akan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

Firman-Nya yang bermaksud :
( Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku )
Surah adz-Zariyat : 56


Firman-Nya yang bermaksud
:
( Dan sembahlah allah dan jangan kamu menyekutukannya dengan sesuatu pun )
Surah an-nisa’ : 36

- Bagaimana kita diciptakan?
Ianya ada diceritakan di dalam al-Quran bagaimana manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dari setitis air yang tidak bermakna sehinggalah terbentuk satu kejadiaan yang dapat menggegarkan dunia sama ada dengan cara yang di redhai-Nya ataupun sebaliknya.

Firman-Nya yang bermaksud :
( Dan sesungguhnya , kami telah menciptakan manusia dari saripati ( berasal ) dari tanah. Kemudian kami jadikannya dari setitis air mani dalam tempat yang kukuh( rahim ). Kemudian dari ssetitis air mani , terjadilah segumpal darah , lalu dari segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging , dari segumpal daging itu kami jadikan pula tulang yang bersalut dengan daging , kemudian jadilah makhluk yang lain ( manusia ). Maha Suci Allah , dialah sebaik-baik pencipta. )
Surah al-Mukminun : 12-14

- Kemana kita akhirnya?
Kemana kita akan kembali selepas ini? Itulah jawapan yang ramai di kalangan umat manusia tidak mengetahuinya. Yang pasti , kita pasti kembali ke sisi Rabbul I'zzati...percayalah !!!

Firman-Nya yang bermaksud :
( ………sesungguhnya segalanya hanya kepada Allah dan sesungguhnya kepadanya kami akan kembali. )
Surah al-Baqarah : 156

2 – MENGENAL ISLAM

Islam dalam erti kata lain ialah menyerah diri kepada Allah dengan hati yang sejahtera dan patuh tunduk kepada-Nya dari segi luaran mahu pun luaran dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.

Firman-Nya yang bermaksud :
( Tiada paksaan dalam agama ( menganut agama islam )….. )
Surah al-Baqarah : 256

Firman-Nya yang bermaksud :
( Dan sembahlah allah dan jangan kamu menyekutukannya dengan sesuatu pun )
Surah an-nisa’ : 36

Islam juga adalah agama yang menyeluruh dan mengamalkan amalan yang tidak sesekali bercanggahan dengan nilai kemanusiaan sama ada dari segi kehidupan , kekeluargaan , amalan demokrasi , ekonomi , sosial dan sebagainya. Dan apa yang penulis boleh simpulkan mengenai definasi Islam itu sendiri ialah dengan satu takrifan yang pendek dan ringkas tetapi , merangkumi segalanya. Satu hadith yang cukup masyhur di dalam sohih muslim yang diriwayatkan oleh Umar al-Khaththab r.a ketika mana Jibril menyerupai seorang lelaki datang kepada nabi semasa beliau bersama-sama dengan para sahabat.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
( Ya Muhammad beritahu aku tentang islam !. Jawab Nabi s.a.w : Kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah , kamu mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat , berpuasa di bulan ramadhan , dan menunaikan haji ke baitullah jika mampu. Lelaki itu berkata : Engkau benar. Lalu lelaki itu bertanya lagi : Beritahu aku tentang iman. Nabi menjawab : Kamu beriman kepada Allah , malaikat-Nya , kitab-kitab-Nya , rasul-rasul-Nya , dan kepada qadha’ dan qodhor-Nya………………)


3 - MENGENAL KEKASIH KITA MUHAMMAD S.A.W

Untuk kita mengenal Allah s.w.t dan juga Islam maka , tidak dapat tidak hendaklah kita mengenal kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa kalimatullah ketika mana Islam telah di tinggalkan oleh bangsa Arab yang berada di kota Mekah ketika itu dan telah membawa rahmat kepada sekelian alam.

Firman-Nya yang bermaksud :
( Dan tidaklah kami utuskan engkau ( Muhammad ) melainkan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam. )
Surah al-Anbiya’ : 107

Beilau adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib bin Hasyim. Hasyim adalah di kalangan suku kaum Quraisy yang mana termasuk bangsa Arab. Dan bangsa Arab adalah termasuk keturunan Nabi Allah Ismail dan juga Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Beliau di lahirkan pada tarikh 12Rabiul Awal tahun Gajah. Umurnya 63tahun , dan di antaranya 40tahun sebelum menjadi nabi dan 23tahun selepas di angkat menjadi nabi dan rasul. Beginilah serba sedikit pengenalan mengenai kekasih kita yang sempat penulis paparkan di sini. Dan penulis harap kepada sahabat-sahabat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kekasih kita , boleh la rujuk kepada kitab Sirah Ibnu Hisyam dan juga kitab Sirah Ar-rahikul Makhtum dan sebagainya.

Dengan ini , penulis mengharapkan agar sahabat-sahabat sekalian dapat memanfaatkan ilmu kita bersama-sama dengan sebaik-baiknya. Apa yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang kurang dan lemah itu dari kelemahan diri ini.... Wassalam.



Thursday, October 2, 2008

rayer daTanG laGi..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
( Wahai manusia sesungguhnya Kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan
juga perempuan. Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan dan berpuak-puak
supaya kamu saling mengenali diantara satu sama lain. Sesungguhnya yang
paling mulia dikalangan kamu disisi Allah s.w.t adalah orang yang paling
bertaqwa........
)
( surah al-hujrat : 13)

Bersempena kedatangan Syawal yang mulia Islam mengajar kita agar bermaaf-maafan , ziarah-menziarahi , berkenal-kenalan , dan merapatkan lagi ukhuwah yang sekian lama telah terjalin di antara kita. Begitulah amalan dan ajaran yang dituntut oleh Islam supaya kita sama-sama menikmati hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kemaafan. Dan begitu jugalah suasana di bumi Iman & Hikmah tatkala menjelang hari lebaran yang mulia ini. Kami disini menyambutnya penuh dengan kegembiraan , kehibaan (beser ler..duk diperantauan la katerkan...) , maaf-memaafi di antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan ikhwah kita yang baru sampai di bumi yang bertuah ini. Ada mereka dari sebelah utara , dan tak kurang ramai juga dari sebelah pantai timur. Semuanya dapat penulis kiaskan dengan ayat yang tersebut diatas dan apa yang paling penting ialah akhirnya membawa diri kita kepada ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Akhirnya penulis menyusun sepuluh jari ingin memohon sejuta kemaafan kepada kedua ibubapa yang dicintai , kaum keluarga yang berada di Malaysia , sahabat-handai , teman-teman , serta rakan-rakan seperjuangan yang mengenali diri yang lemah ini. Semoga kalian semua mendapat kemuliaan dan natijah yang baik apabila bertemu dengan Rabbul Jalil kelak. Salam lebaran dan salam perjuangan untuk semua… Wassalam.

tgh khusyu' duk takbir raye ramai2....

gambo ngn abong yaman sekali...hr ni jd abong mesia mula...hihihihi

ni lah ahlil bait aku...tp,yg ujung sekli pkai kot itam tu nyepe jer...tp smart...so,xdok hal la nyeper pun..hehehe

di meja vip...yg pakai baju melayu tu staf2 kedutaan..yg berdiri tu tgh cover macho...huhuhu

ini sajer lah awok2 yg tinggal...yg lain2 dah beraye ntah ker maner...xdan nk bergambar beramai2 ..

geng2 otai...amacam? ader gayer x?...


awok2 baru...ader la 3,4 awok lmer dlm ramai2 tu..tp,yg duk pegang budak kecik tu jgn slh fhm..blum jd bapak org pun lg...presiden tu..korg jgn men2 ngn die..bekeng...hehehe

gambo dgn otai lmer...tok imam myng rayer ni...jgn men2...

ambik gambo curi...dok aci...tp sebeloh aku tu...haa...amacam?smat x?hihihi...

RinTihaN sYawAL


Di pagi raya rebah ku sujud ke bumi
Ku berdoa memohon dengan penuh rasa kesyukuran
Kegembiraan
Dan dengan rasa kehinaan di hadapan-Mu
Ku harap akan dapat secebis keampunan-Mu
Kerna ku tahu keampunan-Mu
Lebih besar dari segalanya
Dan ku mengharapkan hati yang sentiasa
Mengingati-Mu
Agar dapat ku teruskan perjalanan yang bukan ku mulakan
Dan bukan juga aku yang mengakhirinya
Agar terus ku berada dijalan yang Engkau redhai
Bukan jalan yang Engkau murkai
Agar terus ku bersama-sama orang yang memuliakan-Mu
Bukan bersama orang yang meninggalkan-Mu
Agar dapat ku bertemu dengan-Mu kelak
Dengan penuh ketenangan dan kemuliaan… Ameen…!!!

Tuesday, September 30, 2008

Iedul Mubarak...

Selamat Hari Raya Iedul Fitri....
Maaf Zahir & Batin....
kepada semua yang mengenali diriku...
semoga kalian mendapat rahmat & lindungan dari
Rabbul Jalil...
كل عام وأنتم بخير..... احرص نفسكم.....

Friday, September 26, 2008

Ahlan biKum...

Tanggal 7 Ramadhan baru2 ini telah selamat sampai 13 kader2 islam yang baru dibumi Iman & Hikmah ini bersama rombongan yang di bawa oleh al-Fadhil Ustaz Hamzah Ngah selaku Naib Mudir Ma’had Darul Quran dan juga al-Fadhil Ayahanda Ustaz Asnawi Awang. Penulis sempat bersama-sama dengan mereka dalam masa yang tidaklah terlalu lama bagi penulis sebenarnye… hehe. Ape2 pun penulis sempat merakamkan detik-detik bersama ketika mana membawa al-Fadhil ustaz beserta rombongan pelajar yang baru tiba menziarahi beberapa tempat yang menarik di bumi Iman & Hikmah ini. Di sini penulis tidaklah ingin berceloteh panjang , just untuk memuatkan beberapa keping gambar yang di post baik punyerhuhuhuhu
penulis bergambar bersama al-Fadhil Ustaz dan pelajar lama


seluas mata memandang.. beginilah pandangan dari sudut daratan kawasan tersebut...hehehe..

Ardhu Jannatain : Satu tempat yang berada di bumi Iman & Hikmah. Terletak kire2 1jam perjalanan daipada bandar Sana’a. tempat ini adalah antara tempat-tempat yang bersejarah di bumi ini. Yang mana pada asalnya ialah sebuah kebun buah-buahan yang subur , kemudian ditimpa bencana lalu bertukar menjadi batu2 hitam. Kisahnya ada di sebutkan dalam Al-Quran.



penulis bersama al-Fadhil ustaz..dlm p'jlnn ke kaukaban...

ambik post ramai2 lu sakli...hehehe...dlm p'jlnn ke kaukaban...


dalam kota kaukaban...sungguh menakjubkan ciptaan illahi..

dalam kota kaukaban...ader gayer abong yaman x?...hehehe...

Kaukaban : Ialah sebuah kota lama yang berada di bumi Iman & Hikmah. Sejarahnya penulis tidak dapat menceritakan dengan lebih jelas kerana penulis sendiri tidak berapa tahu mengenai sejarahnya. Hehehehehe……


ramai2 dalam rumah batu....



penulis bersama al-Fadhil ustaz dalam rumah batu...

Darul Hajar ( Rumah Batu ) : Di percayai rumah seorang syeikh yang memimpin kerajaan Yaman di masa dahulu.


di hadapan pintu bab al -yaman...al-Fadhil ustaz bersama pljr lamer dan yg bru tibe...


penulis bersama al-Fadhli ustaz di atas pintu bab al-Yaman...

Bab Al-Yaman ( Pintu Yaman ) : Satu lagi tempat sejarah yang menjadi tumpuan setiap pelancong yang berkunjung ke bumi ini. Tempat di mana di katakan telah dibina oleh Abrahah beserta tenteranya. Dan dikatakan juga di dalamnya terdapat Ka’bah yang dibina olehnya untuk menandingi Ka’bah yang dibina oleh nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dikota Mekah ketika itu.
Oklah.. rasanya dah banyak gambar yang telah penulis postkan kat sini.. moga sahabat2 semua terhibur...hehehe... wassalam.