Wednesday, September 7, 2011

Moga-moga kamu bertaqwa..

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Alhamdulillah, puji dan syukur dengan rahmat dan kasihan belas dari yang Maha Esa kita masih lagi diberikan kesempatan dan peluang untuk menikmati kehidupan yang fana ini. Baru-baru ini umat Islam seluruhnya telah meraikan hari Raya Enam dengan bermacam-macam cara dan gaya yang sememangnya tidak ada dalam nas dan hadis. Akan tetapi ianya masih lagi diamalkan oleh sesetengah masyarakat disebabkan ianya telah diamalkan oleh orang-orang yang terdahulu dari mereka turun-temurun. Persoalannya, mengapa perkara sebegini masih lagi berlaku?.. Adakah kerna tidak mempunyai ilmu dan sebagainya?.. Tepuk dada tanya Iman. Namun, kita bukan hendak berbicara soal itu pada kali ini. Akan tetapi kita ingin menanyakan di sini adakah sebulan di bulan Ramadhan kita telah benar-benar berjaya menjadi seorang muslim yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Atau kita hanya menjadi hamba kepada Ramadhan sebagaimana yang Nabi s.a.w telah sebut :

كــم مــن صائم ليس لــه مــن صيامــه الا الجـــوع والعــطش
"Berapa ramai yang berpuasa tidak ada baginya dari puasa yang dilakukannya melainkan lapar dan dahaga"

Jelaslah di sini Nabi s.a.w telah memberi amaran dan peringatan kepada kita bahawa berapa ramai orang Islam yang berpuasa akan tetapi puasa tersebut seperti habuk-habuk yang berterbangan di udara dan yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga semata. Ketaqwaan yang menjadi tujuan utama kepada perlaksanaan ibadah puasa itu sendiri entah kemana namun, nikmat kekenyangan dan keseronokan berpuasa mengikut trend yang mereka kecapi. Taqwa yang mana dinyatakan oleh Abu Hurairah di dalam riwayatnya telah menceritakan tatkala seorang pemuda telah bertanya kepada beliau :

Lalu pemuda itu berkata : Apa itu Taqwa? Lantas Abu Hurairah bertanya kembali kepada si pemuda : Adakah kamu pernah berjalan di tempat yang berduri? Berkata pemuda tersebut : Ya. Kemudian Abu Hurairah bertanya lagi : Bagaimanakah kamu berjalan mengharunginya? Lalu pemuda itu berkata : Jika aku melihat duri aku akan mengelak daripadanya atau aku akan langkah atau aku akan berundur. Lalu Abu Hurairah berkata : Yang demikian itulah taqwa.

Yang dimaksudkan dengan jawapan pemuda tersebut dari pertanyaan yang dilemparkan oleh Abu Hurairah ialah berhati-berhati. Duri itu ialah ibarat perkara-perkara yang dimurka oleh Allah s.w.t dan hati-hati itu pula ialah Taqwa. Maka, jika seseorang itu ingin mencari ketaqwaan yang sebenar hendaklah dia berhati-hati dalam melakukan apa yang telah dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala larangannya.

Saidina Ali r.a dalam mentafsirkan makna Taqwa beliau ada menyatakan :

الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
Takut kepada yang Maha Agung, beramal dengan apa yang diturunkan, mencukupi dengan yang sedikit, dan bersedia untuk hari akhirat.

Puasa dalam erti kata lain merupakan tarbiyah langsung daripada Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan mengharapkan keredhaan daripadaNya. Justeru itu tidak hairanlah ada yang masih melakukan perkara-perkara yang dimurka oleh Allah s.w.t walaupun telah keluar daripada tarbiyah tersebut. Kerna tarbiyah ini hanyalah kepada yang benar-benar beriman sahaja. Yang benar-benar mengharapkan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t yang disebut dalam Surah Al-baqarah ayat-21 :

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
...moga-moga kamu tergolong dikalangan orang yang bertaqwa

Adapun mereka yang tidak benar-benar beriman dengan keimanan yang sebenar maka, akan terlihatlah oleh mata kasar kita akan orang-orang yang hanya menjadi hamba kepada puasa semata-mata bukannya hamba kepada Allah s.w.t. Justeru itu tidak hairanlah jika ada yang berpuasa akan tetapi aurat masih ditayang, sembahyang masih entah kemana, maksiat terus-menerus berleluasa terang-terangan tanpa kawalan, dan lain-lain lagi yang tersembunyi mahupun yang terlihat. Dengan itu marilah sama-sama kita menghayati hadith yang telah dinyatakan di atas. Adakah kita dikalangan orang-orang yang hanya mendapat habuan dunia semata-mata akibat berlapar dan berhausan? Ataupun kita mendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w :

للصــائم فرحتان يفرحهما إذا أفطر فرح وإذا لقي ربه فرح بصومه
...bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan : Apabila dia berbuka,dia bergembira. Dan apabila dia bertemu dengan tuhannya, dia gembira dengan puasanya.
HR : Bukhari

Maka, adakah kita telah dapat mencapai nilai taqwa yang sebenar-benarnya sepertimana yang telah dinyatakan?

Wallahu a'lam..

Tuesday, August 2, 2011

Teraweh oh Teraweh..!!



Antara lain kelebihan dan keunikan yang berada di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah. Kita dikurniakan oleh AlLah pada malamnya untuk bersembahyang Teraweh. Unik tak uniknya sembahyang Teraweh ini, ianya tidak ada di bulan lain. Mengapa..?? Sedangkan kita mengetahui bahawa sesungguhnya sembayang sunat ini tidak terbatas waktu dan tempatnya. Maka jawapannya, inilah keunikan Ramadhan. Bulan-bulan lain contohnya kalau ada orang sembahyang Teraweh itu pelik namanya. Misal kata sewaktu kita tengah berjalan.. Tiba-tiba terserempak dengan kawan kita lalu menegurnya.

" Amboii..lajunyer jalan..nak ke maner tueeee...?? ". Lalu jika dia menjawab, " Sembahyang Teraweh ler..". Maka dua kemungkinan sahaja yang akan berlaku. Samada baru balik Tanjung Rambutan atau baru nak pergi ke Tanjung Rambutan. Hehehe..

WalLahu a'lam.

Wednesday, July 27, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Kareem



Setelah 11 bulan kita mengharungi bulan-bulan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Kini kita didatangi semula 1 bulan yang padanya terdapat seribu satu macam ganjaran dan limpahan kurnia dari Allah s.w.t untuk hamba-hambanya mengubati segala macam luka ketika mengharungi 11 bulan tersebut. Mungkin kelukaan tersebut hanyalah boleh diubati dengan hanya melalui hubungan hamba dengan Tuannya. Maka, teramat sesuai dan cantik bagi mereka yang ingin berbuat demikian di bulan yang mulia ini. Bulan yang mana dikatakan Bulan Tarbiyah ini bukan sahaja menjadi tempat untuk kita mengubati luka luaran semata akan tetapi, ianya juga amat memberi kesan untuk mengubati luka dalaman juga. Bulan yang diantaranya dapat melembutkan hati-hati manusia. Menjinakkan akal dan fikiran. Menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mengusai diri. Tidak dapat dinafikan lagi bagi sesiapa yang berpuasa, kesannya amatlah mendalam dan meberi impak yang baik kepada kesihatan manusia sama ada luaran mahupon dalaman. Ianya telah terbukti di dalam kajian saintifik yang banyak. Antaranya, kajian yang telah dibuat oleh seorang saintis arab yang terkenal yaitu Syeikh Dr. Abdul Majid Az-Zindani dalam buku karangannya 'Keajaiban Puasa' yang dikaji dari segi mukjizat dan pembuktian saintifik. Dalam buku tersebut antaranya, menyebut bagi tiap-tiap orang yang berpuasa maka tahap kesihatan tubuhnya akan bertambah baik.

Bagi mereka yang ada penyakit kencing manis, maka penyakitnya itu akan berkurangan disebabkan berpuasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah pemakanan yang tidak sihat sehingga mengakibatkan kegemukan dan sebagianya. Maka dengan berpuasa akan dapat mengurangkan berat badan dan membakar lemak berlebihan yang menyebabkan masalah berat badan dan sebagainya.

Itu hanyalah sebahagian sahaja yang dinyatakan di sini. Adapun dari segi sifat semulajadi dalam diri manusia yang akan dapat kita rasai dan perhatikan ialah apabila seseorang itu berpuasa, maka akan bertambahlah sifat pemurahnya, sayangnya, kasihan belasnya, dan sebagainya. Mengapa???..
Jika kita lihat dan sedari. Berapa banyak duit kita berbelanja sehari-hari dalam bulan Ramadhan?.

Tidakkah kita menjadi pemurah dengan kita membeli bermacam juadah untuk berbuka tanpa memikirkan soal bayaran?.

Tidakkah kita mendengar ramai yang menderma dan bersedekah tanpa mengira waktu dan tempat sehingga mencecah ratusan ringgit dan kadangkala kedengaran sehingga mencecah ribuan ringgit di bulan Ramadhan dek kerana kasihan belas akibat kita merasa sendiri keperitan yang kita alami selama berpuasa?.

Sedangkan di bulan lainnya seakan-akan telinga ini pekak dan tidak dapat mendengar perkara-perkara sebegini.

Maka, dengan kebenaran dari mukjizat ditambah pula bukti dari kajian saintifik yang banyak. Marilah kita menadah tangan dan berlutut hina di hadapan Sang Pencipta tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi sambil mengucap tasbih dan tahmid di atas kehadiran bulan yang penuh rahmat dan berkat ini. Ahlan Ya Ramadhan..!!

Thursday, June 23, 2011

Jutaan Terima Kasih

Terima kasih kpd semua peserta Rehlah Mahabbah PERMAYA 2011 di atas segala kerjasama yg telah anda berikan kpd kami. Segala jasa baik antum semua kami dahulukan dengan lafaz yang mulia Jazakumullahu Khairan Kathira.. I'allah kita akan bertemu di waktu dan hari yg lain utk kita terus bermahabbah fillah tuk selamanya. Kpd yg tidak dpt hadir, terima kasih di atas sokongan yg anda berikan secara langsung ataupun tidak langsung. Moga Allah pertemukan kita di waktu yg lain. Dan kpd pihak urusetia yg tlh menjalankan tugas tanpa mengira penat dan lelah, semoga jasa kalian diberi ganjaran pahala di dunia dan balasan SYURGA di dunia yg kekal abadi. Korang semua memang terbaikkk..!! All the best 4 the next time. Siruu A'la Barakatillah.



urusetia yg telah bertungkus-lumus..mekaseh bebanyak...


gayer tersendiri dari urusetia..hihihi..

x igt dah kumpulan per ni..maap ler..hehe..

hidup deneng...hahaha..ops,tersebut nama la plk..tp,masih lg tetap 'majhul' bg mereka yg xkenal..hehe..

kenangan bersama sebahagian peserta...

ketua chef bbq kiter..hihihi..

presiden PERMAYA tidak kurng hebatnya..mempamerkan aksi yg menggembirakan dalam pertandingan pakai kain sebelah tangan..hehe..

beginilah gaya seorang bapa (memakai spek) yg juga naib presiden PERMAYA menunjukkan bakat terpendam dalam acara mencari gula-gula dalam tepung..hehe..

terduduk tuan pengarah program(pakai spek) melihat gelagat peserta rehlah yg mencuit hati..
panas badan terlebih dahulu sebelum aksi sebenar di keesokan harinya..huhu..

agak kelaparan reaksi muker kanak-kanak ini..hehehe..

tekun mendengar taklimat..

sebahagian peserta ketika sesi taklimat berjalan..

senyum lebar namapk abg pu kiter..hehe..


Sekian, terima kasih.






Monday, June 20, 2011

Kini Kembali

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam for all.hehe.. Rasanya, sudah agak lama ruangan ini ku tinggalkan dek kesibukan yang melanda diri bak ombak tsunami yang datang tanpa diduga. Namun walau bagaimana pon, dengan kesempatan dan ruang yang masih diberikan ini i'Allah kita cuba manfaatkan dengan sebaiknya. Apa pon, doakan semoga ruangan ini menjadi ruangan yang berguna dan memberi manfaat untuk kita bersama.

Wednesday, September 1, 2010

Khatirah Ramadhan 4


عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من لم يدع قول الزور والعمل به ، فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه.

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Barang siapa yang tidak meninggalkan percakapan zur dan beramal dengannya, maka tidak adalah bagi Allah s.w.t keperluan ( ganjaran ) dalam pada dia meninggalkan makan dan minumnya.

( HR : Al-Bukhari )

Zur yg dimakusdkan sabda Nabi s.a.w ialah percakapan ataupun perkataan yang tidak baik seperti, mengumpat, memfitnah, berbohong, dan amalan yang sama waktu dengannya. Maka dengan itu, tidak adalah baginya puasa yang dilakukan di siang harinya melainkan sekadar mendapat lapar dan dahaga.

Tuesday, August 31, 2010

Khatirah Ramadhan 3


عن عبد الله بن عمر رضي الله تعالى عنهما قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان.

Daripada Abdullah Bin Umar r.a telah berkata : Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf disepuluh akhir malam dari bulan Ramadhan.

( HR : Al-Bukhari )

Khatirah Ramadhan 2


عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ، ومن قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له م تقدم من ذنبه.

Daripada Abu Hurairah r.a : Daripada Nabi s.a.w telah berkata : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan muhasabah ( pengharapan yang sungguh-sungguh ) akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu, dan barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan muhasabah akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.

( HR : Al-Bukhari )