Thursday, November 12, 2009

Al-Fatihah buat adik Izzati Batrisya

Tengah hari ini aku mendapat berita dari seorang sahabat aku secara bertulis menggunakan sistem pesanan internet ( yahoo messenger ) yang mengatakan adik Izzati Batrisya binti Mohd telah kembali kerahmatullah. Sedikit terkejut dan tersentak dek mendapat berita tersebut aku terus menyedekahkan bacaan Al-Fatihah di atas pemergian salah seorang daripada anak Pakcik Mohd yang juga merupakan pemilik sebuah restoran pelancongan Malaysia di Yaman itu. Selang beberapa detik handset aku berbunyi. Dalam hati aku dah boleh mengagak semestinya mesej itu tentang pengumuman kematian adik Batrisya. Sememangnya tekaan ku itu menepati citarasa dan sasarannya. Mesej itu memang berkenaan berita sedih itu beserta solat jenazah ghaib pada malamnya selepas isya'. Terfikir sejenak ku apabila mengenang kembali wajah adik Batrisya yang dahulunya sempat ku menggelarnya dengan gelaran ' bulat ' dengan sebab bentuk tubuhnya yang agak montel dan wajahnya yang comel. Namun , ajal tidaklah mengira bentuk tubuh mahupon wajah , tua mahupon muda , kaya mahupon miskin. Apabila Dia menghendakinya maka tiada siapa yang dapat menghalang mahupon menahannya. Firman Allah s.w.t yang :
{وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ}
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu , maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
( Al-A'raf : 34 )

Maka dengan itu marilah sama-sama kita sedahkan Al-Fatihah buat adik Izzati Batrisya binti Mohd di atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Amiennn..

Wednesday, November 4, 2009

Wasiat Nabi s.a.w ( 1 )


روي أبو هريرة رضي الله تعلى عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد , فأكثروا الدعاء.

( رواه مسلم )

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda : apa yang lebih mendekatkan seorang hamba kepada tuhannya ialah sujud ( solat ) , maka perbanyakkanlah kamu berdoa.

( HR : Muslim )

Diantara wasiat-wasiat Nabi s.a.w kapada kita ummat akhir zaman , antaranya ialah perbanyakkanlah sujud kepada Allah s.w.t. Yang wajib diperkemaskan lagi dan yang sunat di imbangi agar ianya tidaklah membebankan dan hanya sekadar 'hangat-hangat taik ayam' bak kata pepatah melayu. Firman Allah s.w.t :

قُمْ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً

Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari , kecuali sedikit (daripadanya)

( Al-Muzammil )

Dalam erti kata lain juga. Ayat ini menunjukkan biarpun sedikit tetapi istiqomah ( berterusan ) dengannya. Kerana dengan amalan yang istiqomah itu lebih disukai oleh-Nya daripada banyak akan tetapi sementara. Maka dengan solat itu jugalah ia akan menjadikan seseorang itu lebih merasakan bahawa dirinya adalah hamba kepada-Nya dan bukan lah apa-apa. Ianya juga membuatkan seseorang itu akan sentiasa mengingati bahawasanya ada yang lebih berkuasa yang sentiasa melihat dan memerhatikan gerak geri kesemuanya yang berlaku di atas muka bumi ini. Maka , moga-moga dengan kita sentiasa sujud dan berdoa kepada yang Maha Kuasa akan memberikan rasa rendah diri dan lebih dekat kepada-Nya. InsyaAllah.


Fakir-fikirkan lah…