Monday, December 22, 2008

Minggu Program..huhu..

Baru-baru ni Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah menganjurkan dua program serentak pada minggu lepas. Fuh..!! memang penatla juga.hehe.. Program pertama ialah Kejohanan Bola Sepak Piala Duta yang dibuat pada hari rabu kemudian ke esokan harinya pula diadakan Forum Perdana Mahsiswa Islam. Kedua-dua program tersebut sempat penulis ikuti semuanya. Tapi agak keletihan sikitla.hihi.. Apa-apa pun kire ok la. Mengenai pertandingan bola , penulis agak kecewa juga la. Sebab tak dapat masuk separuh akhir.hehe.. tapi walau bagaimana pun agak berbaloi kerana dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar baru dan juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Dan pada esoknya pula program forum. Niat dihati malas nak masuk sebab penat semalam main bola pun tak hilang lagi.hehe.. Tapi oleh kerana kita selaku ahli tak dapat tidak kenalah bagikan komitmen yang jitu , ke waner??? hehe.. So , begitu je lah ceritanya.hehe.. Di bawah ni ada la sekeping dua gambar yang dan lensa kamera sampai ke muka ini.hihi..


Wallahua’lam

( sekitar perlawanan bola )

persiapan terakhir sebelum perlawanan..

inilah juara bola sepak piala duta pada tahun ini..pasukan Mukalla..tgk sikit saper penjage gol awok yer..hehe

sebelum perlawanan..bergmbr dgn manager..yg pkai suwiter hijau ngn baju merah berdiri kt belkng tu..

warming up lu..ker waner??? huhu...

( sekitar program forum )

staf2 kedutaan yg turut hadir..tuan yg terutame t.hj a.samad dn juger cik hamdan..due2 pkai kasut hitam yg berkilat tu..klu nk knl la..tkt nnti tertukr plk..hihi

gerai jualan yg menjual mknn2 ringn..tgk tu , kn mntp2 tukng jual tu..hehe

sebahagian para hadirin yg sedng khusyu' mndengar kupasan dari ahli panel yg berwibawa..

ahli panel bergambar bersama duta besar dn cik hamdan..

haa..!! ni pula mser last dh..nk blik dh pn..amcm , comel x adik tu?? bapa yer duk ujung sekli..yg b'diri pkai jubh ngn kot tu..

Saturday, December 20, 2008

ZIARAH...

Zirajah ( satu perkampungan arab di yaman ) terletak diantara Bandar Sana’a dan Zamar ( diantara tempat yang menarik di yaman ) mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit perjalanan sejauh 80-90 km adalah satu pedalaman masyarakat Arab yang jarang sekali dilihat dibandar-bandar besar diserata Yaman ini. Ianya satu kawasan yang serba kekurangan dari segi kemajuan ekonomi , infrasuktur , komunikasi dan sebagainya. Walaupun begitu ianya adalah satu kawasan yang subur dengan tanaman gandum disepanjang perjalanan ke sana. Disamping itu juga disana terdapat sebuah sekolah yang mengajar cara-cara penghafalan Al-quran yang baik dan juga keadaan sekeliling yang amat sesuai untuk menenangkan jiwa yang ingin mendekatkan diri dengan kalamullah. Kalau tak silap nama sekolah tersebut ialah Ma’had Darul Quranul Karim Wa Ulumihi. Dan pada baru-baru ini penulis sempat berkunjung ma’had tersebut disamping melawat persekitaran perkampungan arab disitu.

Wallahualam..


beginilah pemandangan disepanjang perjalanan..bukan padi tu..gandum..hihi

inilah kawasan perumahan di perkampungan tersebut..berdekatan dengan bukit-bukau..subhanallah..!!

himar ( keldai ) binatang yang kisahnya banyak diceritakan didalam al-quran..

bergambar bersama ustaz (namenye xigt da..)hehe..dibelakang tu pula dewan besar ma'had..

otai lama bergambar dihadapan pintu masuk...ader gayer x?hehe..

dan juga bergambar di hadapan pintu masuk..hihi

ramai2...sebelum berangkat pulang..ambik gambar lu sekeping due...huhu..


Tuesday, December 16, 2008

SanTai muSim seJuk..hehe..

" gat , jom gi makan aiskrim..?? kata aku kepada megat.." sahabat serumah aku.. pastu ader pulak yang menyampuk... " jom gi..!! kata akim dan daus serentak.." Kami pun apa lagi , tanpa berfikir panjang terus memberhentikan bas yang sedang dinaiki oleh kami. Sebenarnya takde perancangan pun untuk kami pergi makan aiskrim hari ni. Tapi oleh kerana dah lalu depan snow cream (nama satu gedung aiskrim di yaman) apa lagi?? Ibarat kata pepatah " alang-alang menyeluk pekasam , biarlah sampai ke pangkal lengan.." hehe.. betul ke tak pepatah ni tak tahu la.. Sebenarnya kami berempat (aku , megat , daus dan akim) baru balik dari pejabat kedutaan malaysia dan kebetulan ala balik kami lalu depan kedai aiskrim tersebut. Apa lagi ,.. tanpa ragu-ragu terus pergi..walaupun masing-masing sebenarnya tengah kekeringan wang..hehe. Begitulah ceritanya hari ini. Santai sambil makan aiskrim. Best gak..hehe. Kat bawah ni ada la sedikit di paparkan aksi-aksi manusia yang dah lama tak jumper aiskrim..hehe..
awwalan , ismuhu akim.. napok mcm sedp jer tu..hihi

haza daus.. panggiln mlmnye puler ialah mamad..hehe..jgn marah na daus..hihi

haa... amacam? terliur x? kat mesia pun bnyk aiskrim ni..huhu..tu tgn sapa duk serabut tu..hehe

wa haza ana...hehe..emm?? blh thnla aiskrim ni..

wa akhiruhu ismuhu megat..duk pk apa time2 mkn aiskrim tu?ke duk pk nk tmbh lg..hehe

Friday, December 12, 2008

RAYER KORBAN..

Tanggal 10 Zulhijjah baru-baru ini sekali lagi takbir membesarkan ilahi berkumandang di udara. Penulis seakan-akan tidak percaya kali ini genaplah kali ke-4 penulis beraya di perantauan. Terasa sangat sedih , gembira pun ada..hehe. Walaupun begitu , penulis tetap memanjatkan rasa syukur dah berterima kasih kepada tuhan yang memberikan nikmat yang tidak terbilang. Terutamanya nikmat iman & islam dan masih lagi dapat menikmatinya sampai ke hari ini. Semoga Engkau memberikan kekuatan kepadaku untuk terus berada didalam shirath Mu ya Rabbi. Program yang dianjurkan dibawah kelolaan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman ( PERMAYA ) bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia ke Yaman dan pensyarah Malaysia di Universiti Sains & Teknologi kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap rakyat Malaysia yang berada di bumi Yaman hinggalah ke penghujung program. Dan di penghujung program tersebut telah disediakan sedikit jamuan makan tengah hari kepada seluruh tetamu yang hadir. Program sambutan Aidil Adha kali ini juga berlangsung di kuartes pensyarah. Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya ditumbangkan pada tahun ini. Akhirnya , di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh yang mengenali diri ini khususnya kepada keluarga tercinta , umi&abah , sahabat-sahabat , dan tak lupa juga kepada orang yang tersayang yang masih lagi berada di Malaysia.hehe.. Seterusnya kepada seluruh umat islam , muslimin & muslimat yang meraikan hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh rasa pengorbanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya.



sedang khusyu' bertakbir menbesarkan tuhan...

selamat hari raya aidil adha dari staf2 kedutaan , permaya dn pensyarah malaysia disini..

kemungkinan ni yg p'tame kut..ader baki lg 4 kat belkng tu..hehe

proses melapah berjln...amcm? ader gayer x..??hihihi..

inilh rupe dj kite pd hr itu..smart x?tp xleh wtper pn..dh kwin dh..hehe

inilah gayer tukang masak kiter..b'bkt besar kn???..

daging2 yg dh hmpir siap tuk di bahagi2kn..